Motosikal / Lain Lain Roda

Honda CBR650F dan CB650F Dikemaskini Dengan 2 Warna Segar

Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2014, duo Honda CBR650F dan CB650F kini boleh didapati dalam dua pilihan warna dan grafik baharu untuk 2017 iaitu hitam matte dengan kerangka merah, serta hitam matte dengan kerangka putih.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Namun selain daripada itu, aspek kelengkapan dan teknikal dikekalkan dengan ciri-ciri seperti speedometer digital, teknologi graf bar digital, trip meter berkembar, tolok minyak digital, jam digital, sistem keselamatan HISS serta lampu belakang LED.

????????????

Kedua-dua CBR650F dan CB650F menampilkan enjin 649 cc empat silinder dengan 81.8 hp dan 63 Nm yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Ia mempunyai sepit udang teleskopik di depan dan suspensi Pro-Link di belakang, selain dari sistem brek hidraulik.

???????????

Model-model ini boleh didapati pengedar-pengedar sah Boon Siew Honda di seluruh negara bermula 23 Januari ini. Harga bermula dari RM46,850.94 untuk CBR650F dan RM44,730.94 untuk CB650F. Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Permintaan Global Untuk EV Meningkat

Next post

BMW 4 Series 2017 Tampil Dengan Rupa Dan Suspensi Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *