Gaya Hidup

ANIH Berhad Beri Diskaun Tol 10% Sempena Tahun Baru Cina

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, ANIH Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengumumkan insentif diskaun tol 10% kepada semua kelas kenderaan yang menggunakan Touch ’n Go dan SmartTag sebagai mod pembayaran.

Pemberian insentif ini akan bermula dari jam 12.00 pagi hingga 11.59 malam pada 28 Januari 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengarah ANIH Berhad, Dato’ Nik Fauzi Nik Hussein berkata, selain daripada pemberian insentif diskaun, syarikat juga menyediakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna untuk merancang perjalanan ke Pantai Timur di musim perayaan ini.

”Apabila pengguna mematuhi TTA ini, ia secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan kenderaan bertembung pada satu masa yang sama di plaza tol, khususnya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak hingga boleh menyebabkan kesesakan.

”TTA juga turut memainkan peranan penting dalam membantu menyuraikan trafik di lebuh raya kerana lonjakan jumlah kenderaan di lokasi yang turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas pada musim perayaan, khususnya pada waktu-waktu puncak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dato’ Nik Fauzi berkata untuk keselesaan pengguna dan kelancaran trafik di setiap plaza tol, pengguna disarankan untuk sentiasa memastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.

”Untuk makluman, perkhidmatan tambah nilai di lorong tol beroperasi mengikut keadaan trafik. Sekiranya trafik mulai padat, operasi tambah nilai akan ditutup bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol”.

”Pengguna boleh membuat tambah nilai kad Touch ‘n Go di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) kami di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong, Plaza Tol Karak, Plaza Tol Temerloh dan Plaza Tol Kuantan yang beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam setiap hari,” katanya.

Pengguna juga dinasihati untuk merujuk kepada jadual TTA di laman web ANIH Berhad di www.anihberhad.com, mengikuti laman Twitter rasmi ANIH Berhad di @LPTTrafik atau Facebook di Lebuhraya Pantai Timur untuk informasi terkini.

TTA_BM

 

Previous post

Perodua Axia Facelift Dilancarkan - Kini Dengan VVT-i

Next post

Dicipta Oleh Pagani & Kejuruteraan Oleh AMG

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *