Cerita Auto

Toyota Innova Generasi Ke-2 Kini Dilancarkan di Malaysia

UMW Toyota mengakhiri tahun 2016 dengan bergaya apabila melancarkan Toyota Innova generasi kedua. Dipasang di kilang milik UMWT di Assembly Services Sdn Bhd di Shah Alam, Innova baharu merupakan MPV Toyota pertama yang diklasifikasikan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Innova ditawarkan di Malaysia dalam tiga varian iaitu 2.0E manual (RM109,000), 2.0E automatik (RM117,000) dan varian tertinggi 2.0G automatik (RM126,000). Ia didatangkan dengan jaminan lima tahun.

Toyota Innova Launch 19

MPV itu dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 1TR-FE dengan Dual VVT-i yang menjimatkan penggunaan bahan api serta mengurangkan pengeluaran bahan pencemar. Enjin itu menghasilkan 139 PS pada 5,600 rpm dan 183 Nm pada 4,000 rpm, yang disalurkan ke tayar belakang melalui kotak gear Super ECT enam kelajuan.

Toyota Innova Launch 06

Pemanduan boleh ditetapkan dalam dua mod iaitu Power untuk pecutan yang lebih mengujakan atau Eco untuk penjimatan maksimum. Dengan pembaharuan ini, Innova dikatakan mempunyai penjimatan bahan api 18% lebih baik berbanding sebelumnya.

Toyota Innova Launch 11

Dari aspek luaran, Innova membawa imej yang lebih premium dengan ciri-ciri seperti gril krom, perincian pada lampu utama serta profil sisi yang elegan. Varian 2.0G mendapat ciri tambahan seperti lampu nyalaan siang dan lampu lopak.

Toyota Innova Launch 17

Ruang dalamannya juga diberi sentuhan yang sama, dengan penggunaan lampu ambien LED pada bahagian bumbung, stereng balutan kulit serta tombol gear dengan kemasan krom dan perak bagi varian 2.0G. Varian 2.0E pula mendapat kemasan berwarna hitam dengan perak.

Toyota Innova Launch 16

Antara ciri-ciri kemudahan baru yang disertakan termasuklah sistem Smart Entry, sistem penghawa dingin berkembar dengan lubang penghawa pada siling, pemegang cawan, pengecas 12V, kotak pendingin, serta pintu belakang Easy Close. Varian 2.0G dilengkapi dengan meter Optitron dengan paparan 4.2 inci di tengah-tengah, seperti yang terdapat pada Camry.

Toyota Innova Launch 12

Aksesori pilihan seperti Digital Video Recorder, sistem infotainmen DVD-AVN atau DVD-AVX, navigasi GPS, serta filem solar keselamatan turut ditawarkan kepada mereka yang mahukan lebih kelengkapan.

Toyota Innova Launch 20

Aspek keselematan pula terdiri dari Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control, ABS, EBD, Brake Assist, Hill-start Assist Control (HSAC), Emergency Stop Signal (ESS), Isofix dan tujuh beg udara. Ini membolehkan Innova diberi penarafan lima bintang bagi perlindungan penumpang dewasa dalam ujian ASEAN NCAP yang dijalankan pada Januari tahun ini.

 

 

Previous post

Dennis Lind Menang Lamborghini World Final Edisi Keempat

Next post

Yang mana lebih baik? Kenderaan Berkuasa Diesel Atau Petrol?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *