Berita Auto

Dennis Lind Menang Lamborghini World Final Edisi Keempat

Dennis Lind telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Lamborghini Blancpain Super Trofeo selepas memenangi perlumbaan World Final edisi keempat yang diadakan di litar Ricardo Tormo di Valencia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pemandu berusia 23 tahun itu mengesahkan kejuaraannya lapan minit dari tamat perlumbaan kedua apabila beliau memotong pendahulu Loris Spinelli, yang bermula dari petak pertama. Dalam perlumbaan pertama, Lind mengutip mata berharga apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Vito Postiglione.

?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Pemenang-pemenang kategori PRO-AM pula adalah Andrea Fontana dan Lorenzo Veglia dari Antonelli Motorsport. Mereka mendapat tempat kedua dalam perlumbaan kedua di hadapan Andrea Dovizioso yang mendapat tempat kelapan keseluruhan.

Andrea_Dovizioso

Sekali lagi, penunggang Ducati itu menunjukkan pemanduan memberangsangkan apabila mendapat podium untuk kali kedua selepas memenangi perlumbaan kedua dalam kelas Pro-Am bagi siri Eropah.

Ross_Chouest

Adrian Amstutz pula merangkul gelaran juara dalam kelas AM apabila memenangi kedua-dua perlumbaan World Final. Lamborghini Cup menjadi milik pasukan DXDT Racing dari Amerika Syarikat yang diwakili oleh Ross Chouest yang melengkapkan kemenangan berganda apabila memenangi kedua-dua perlumbaan.

 

Previous post

Perodua Global Manufacturing Keluarkan 250,000 Kenderaan Sejak Ogos 2014

Next post

Toyota Innova Generasi Ke-2 Kini Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *