Berita Auto

Shell Kekal Pelincir No.1 di Malaysia

Shell meneruskan kepimpinannya dalam pasaran pelincir di Malaysia bagi tahun 2015 dengan bahagian pasaran sebanyak 27%, demikian menurut laporan Kline & Company’s Global Lubricants Industry: Market Analysis and Assessment 2016 yang diterbitkan baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Di Malaysia, Shell mempunyai bahagian pasaran sebanyak 31% dalam sektor kenderaan penumpang bermotor, 31% dalam sektor kenderaan perdagangan, dan 20% dalam sektor mesin perindustrian. Shell juga diiktiraf sebagai jenama pilihan bagi kereta dan motosikal di negara ini.

“Shell merupakan jenama yang mempunyai kedudukan teguh di Malaysia dan negara ini masih merupakan pasaran yang sangat baik bagi syarikat ini. Kami terharu dengan sokongan daripada rakyat Malaysia selama ini, yang terus-menerus meyakini kami dan produk kami untuk keperluan perlindungan motor enjin mereka,” kata Leslie Ng, Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura.

Malaysia adalah antara 3 pasaran teratas bagi perniagaan global Shell Lubricants.

Thumbs up for the BMW Motorsport driving experience

John Abbott, Pengarah Hiliran Shell, berkata: “Dalam persekitaran persaingan yang sengit, ini adalah satu pencapaian yang hebat bagi perniagaan Shell Lubricants. Kejayaan kami disokong oleh pendekatan kami yang mementingkan pelanggan, inovasi produk dan perkhidmatan yang berterusan, kepimpinan teknologi, pelaburan jenama dan pasukan yang kuat. Pelaburan dalam penambahbaikan dan pengembangan rantaian bekalan kami yang bertaraf dunia juga dibuat secara konsisten supaya selaras dengan corak permintaan global. Fokus kami yang seterusnya masih berdasarkan kerjasama yang rapat dengan pelanggan dan industri. Ini akan menghasilkan penyelesaian produk dan perkhidmatan yang inovatif dan bersepadu untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah serta peluang yang dibawa oleh perubahan tenaga.”

Pengiktirafan khas untuk rakan niaga S.H.E.W. Shell Malaysia

Untuk mengiktiraf sumbangan rakan niaga yang telah meletakkan Shell di barisan hadapan dalam pasaran, Shell Malaysia telah membawa tujuh rakan niaga terbaik, yang juga pemilik bengkel Waranti Enjin Shell Helix berdaftar, dalam lawatan khas ke Marseille, Perancis.

Tujuh rakyat Malaysia tersebut menyertai lebih 160 orang tetamu dari 17 pasaran di seluruh dunia dalam pertandingan memandu yang mengujakan selama dua hari dengan BMW Motorsport di Circuit Paul Ricard yang ikonik. Ia dibawakan oleh Kerjasama Teknologi Premium Shell Helix Ultra dengan BMW Motorsport.

Thumbs up for the BMW Motorsport driving experience_2

“Kami juga ingin menyampaikan penghargaan kami kepada jaringan rakan niaga kami yang kuat yang telah meletakkan keyakinan mereka pada keunggulan produk kami dan usaha tambahan kami untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan mereka menerusi Waranti Enjin Shell Helix (S.H.E.W.),” kata Ng.

“Saya telah menjual Shell Helix selama lebih 20 tahun kerana kualitinya yang terbukti. Pengenalan S.H.E.W. telah menjadikannya lebih mudah bagi saya untuk mencadangkan kepada pelanggan kerana tiada jenama lain yang mempunyai produk seperti ini. Walaupun sesetengah dari mereka agak ragu-ragu pada mulanya, tetapi mereka gembira kerana mendapat waranti percuma yang dapat memberikan mereka ketenangan fikiran. Namun saya tidak pernah menyangka dapat memenangi lawatan ini dengan menjadi bengkel yang menerbitkan S.H.E.W.,” kata Khor Seak Ow, pemilik bengkel dari Kuala Kangsar.

Top Malaysian SHEW issuers celebrating their France trip

Shell Helix adalah minyak enjin yang pertama dan satu-satunya yang menawarkan Waranti Enjin Lanjutan Percuma di Malaysia untuk tempoh 12 tahun. Program waranti yang diperkenalkan pada Mei 2016 ini ditawarkan secara percuma dengan setiap pembelian minyak enjin Shell Helix Ultra atau Shell Helix HX7, bagi kereta yang berusia kurang daripada lapan tahun dan mempunyai jarak perjalanan yang kurang daripada 100,000 kilometer.

Shell Helix, jenama minyak motor Shell yang terlaris di Malaysia, merekodkan peningkatan lebih 200% bagi langganan program Waranti Enjin Shell Helix (S.H.E.W.) di kalangan pengguna sejak ia dilancarkan enam bulan lalu dengan kerjasama AXA Assistance.

Previous post

Nasim Pamer Peugeot 208 dan 2008 PureTech di Queensbay Mall

Next post

ARRC: Decha Terpantas, Zaqhwan Kekal Momentum

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *