Berita Auto

Nasim Pamer Peugeot 208 dan 2008 PureTech di Queensbay Mall

Nasim Sdn Bhd sedang mengadakan siri jelajah Peugeot Let Your Body Drive bermula dari 1 hingga 4 Disember di pusat membeli-belah Queensbay Mall, Pulau Pinang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Peminat Peugeot serta orang ramai berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat model 208 PureTech dan 2008 PureTech yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Tempahan untuk kedua-dua model ini juga akan dibuka sepanjang siri jelajah tersebut.

Photo 3 (1)

Pengunjung juga boleh memandu uji beberapa model Peugeot yang tersedia seperti 308 THP, 408 Turbo dan 508 THP. Tambahan pula, pengunjung akan mendapat secawan kopi bagi setiap sesi pandu uji. Siri jelajah itu juga mesra kanak-kanak, dengan adanya sudut bermain khas serta bermacam aktiviti menyeronokkan yang dijalankan.

Berbanding model sedia ada, kedua-dua model terbaharu ini menggunakan enjin PureTech 1.0 dan 1.4 liter yang menerima anugerah International Engine of the Year bagi tahun 2015 dan 2016 dalam kategori masing-masing.

Photo 4 (1)

Ia menggabungkan kuasa dengan penjimatan bahan api, dengan penggunaan bahan api sebanyak 4.2 liter bagi setiap 100 km dan 205 Nm tork yang boleh dinikmati seawal 1,500 rpm. Menurut Peugeot, teknologi PureTech membolehkan pemandu pergi sejauh 1,190 km dengan satu tangki penuh.

 

Previous post

Ford Dan SDAC Raikan Akhir Tahun Dan Tahun Baru Cina

Next post

Shell Kekal Pelincir No.1 di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *