Cerita Auto

Peugeot 208 dan 2008 Facelift Muncul Lagi

Nasim Sdn Bhd hari ini menampilkan pasangan Peugeot 208 dan 2008 facelift dalam satu acara prebiu bersama pihak media.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Namun, ini bukanlah kali pertama model-model tersebut ditayangkan di sini. Awal bulan ini, kedua-dua 208 dan 2008 telah membuat penampilan eksklusif di siri jelajah Peugeot Let Your Body Drive yang berlangsung di Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Peugeot 208 Facelift Preview 08

Perubahan bagi 208 dan 2008 merangkumi reka bentuk yang lebih segar seperti yang dilihat pada pada 3008 dan 5008 baharu, serta senarai kelengkapan yang lebih menyeluruh termasuk skrin HD 7 inci serta sistem Auto Start/Stop.

Peugeot 2008 Facelift Preview 11

Bukan itu sahaja, kedua-dua model juga menampilkan enjin 1.2 liter PureTech yang menghasilkan 112 PS dan 205 Nm pada tahap 1,500 rpm. Dipadankan dengan kotak gear Efficient Automatic Transmission (EAT6), enjin turbo tiga silinder itu dikatakan mampu pergi sejauh 1,190 km dengan satu tangki penuh dengan penggunaan bahan api sebanyak 4.2 liter setiap 100 km.

Peugeot 2008 Facelift Preview 12

Berminat? Segeralah ke pusat pengedar Peugeot terdekat kerana tempahan bagi kedua-dua model telah pun dibuka. Harga dan butiran spesifikasi akan diumumkan pada pelancaran rasminya yang dijangka berlaku awal tahun hadapan.

Peugeot 208 Facelift Preview 01

Peugeot 2008 Facelift Preview 08

Peugeot 2008 Facelift Preview 05

Peugeot 208 Facelift Preview 12

Peugeot 2008 Facelift Preview 15

Peugeot 208 Facelift Preview 04

 

Previous post

Chevrolet Cruze dan World Touring Car Championship

Next post

Hyundai IONIQ Menang GOOD DESIGN Awards 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *