Gaya Hidup

Auto Bavaria Adakan Sambutan Awal Bagi Krismas 2016.

Auto Bavaria, pengedar berdaftar yang paling lama dan terbesar bagi jenama BMW di Malaysia mengadakan sambutan awal untuk Krismas tahun ini.

Hujung minggu ini, iaitu pada hari Jumaat 2 Disember & Ahad 4 Disember 2016, kumpulan pengedar premium tersebut akan memberikan pelbagai tawaran hebat bagi kenderaan BMW dalam acara AUTO BAVARIA CHRISTMAS 2016.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tawaran eksklusif tersebut termasuklah rebat menarik, Waranti Tanpa Had Perbatuan selama 5 Tahun + Servis Berjadual Percuma serta tawaran hebat nilai tukar beli yang tinggi. Tawaran Kejutan Krismas tambahan di samping barangan BMW Lifestyle turut menanti para pembeli kenderaan BMW baru.

BMW (3)

Auto Bavaria juga akan menjemput kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari tiga buah rumah kebajikan iaitu Trinity Home, House of Joy dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah ke bilik pameran mereka di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang untuk menyambut Krismas bersama-sama sepanjang hujung minggu ini dari 3 hingga 4 Disember 2016.

Sementara itu, Auto Bavaria Kuala Lumpur akan mengadakan kempen menderma dari Khamis, 1 Disember hingga 15 Disember di mana pengedar akan menerima sumbangan pakaian, barang permainan, alat tulis, dan buku cerita yang baru atau terpakai, serta hadiah Krismas.

Butiran mengenai AUTO BAVARIA CHRISTMAS 2016 adalah seperti di bawah:

Tarikh : Jumaat, 2 Disember – Ahad, 4 Disember 2016

Masa :  9 pagi – 6 petang*

Tempat : Auto Bavaria Kuala Lumpur

Auto Bavaria Johor Bahru

Auto Bavaria Pulau Pinang

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Auto Bavaria di 1300 13 3338.

BMW (2)

 

Previous post

Penyeri Thai Auto Expo 2016

Next post

Inilah Supercar 771bhp Mazzanti Evantra

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *