Cerita Auto

Subaru VIZIV-7 Pengganti Tribeca?

Nampak gagah, kan? Apa yang anda sedang lihat adalah SUV konsep Subaru VIZIV-7 yang diperkenalkan di Los Angeles Auto Show 2016 baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Nama VIZIV bermaksud ‘Vision for Innovation’ dan nombor 7 pula adalah bilangan penumpang yang boleh ditempatkan pada satu-satu masa. Jika dihasilkan, ia akan menjadi SUV tujuh tempat duduk pertama yang dihasilkan oleh Subaru selepas model Tribeca yang diberhentikan pengeluarannya dua tahun lalu.

Subaru VIZIV-7 04

VIZIV-7 menampilkan tiga baris tempat duduk serta imej gagah yang direka berdasarkan falsafah Dynamic X Solid. Namun, oleh kerana ia masih sebuah kenderaan konsep, kami menjangkakan yang rekaannya akan diubahsuai sedikit untuk tujuan pengeluaran.

Subaru VIZIV-7 02

Dari segi saiz, VIZIV-7 mempunyai ukuran panjang keseluruhan 5,200 mm, lebar 2,030 mm dan tinggi 1,860 mm, dengan jarak roda sepanjang 2,990 mm. Ini menjadikannya lebih besar dari kebanyakan SUV tujuh tempat duduk.

Subaru VIZIV-7 03

Setakat ini, tiada maklumat mengenai enjin yang akan digunakan mahupun tarikah versi akhir akan diperkenalkan.

 

 

Previous post

McLaren Akan Hasilkan Kereta 'Hyper-GT'

Next post

IMC Tuan Rumah "Motor Expo 2016" The Moment In Time

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *