Gaya Hidup

Perodua dan Nippon Paint Ceriakan Warga Tua dan Kanak-kanak Sempena Deepavali

Perodua dan Nippon Paint (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini bekerjasama menceriakan rumah kanak-kanak dan warga tua di rumah kebajikan Kasih Sayang bersempena dengan sambutan Deepavali baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Rumah itu yang terletak berhampiran dengan ibu pejabat Perodua menempatkan 10 warga tua dan 13 orang kanak-kanak. Ia ditubuhkan pada 2003 oleh Ragunathan dan isterinya Malathy.

Perodua menyumbangkan makanan, pakaian, wang dan sukarelawan untuk persiapan bersempena dengan perayaan pesta cahaya itu manakala Nippon Paint pula menaja cat bernilai RM9,000. Pasangan itu menyewa sebuah rumah tingkat dengan kos RM1,500 sebulan dan dibantu oleh dua penjaga yang juga tinggal di alamat yang sama.

IMG_7515

Selain itu, para sukarelawan Peroduajuga  membantu menghias Pusat Jagaan Kanak-kanak Divine Life Society di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor bagi menyambut perayaan tersebut.

Pusat itu menempatkan 25 orang anak yatim berusia 5 hingga 18 tahun yang turut menerima tips mengenai kebersihan dari para sukarelawan. Sumbangan wang ringgit disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Perodua Sales Sdn Bhd, Suresh Kumar.

 

Previous post

Kia Soul Dan Cadenza Dinamakan Pemenang Tahunan Anugerah Kenderaan Gaya Hidup Aktif

Next post

Gaurav Gill Dinobat Juara Keseluruhan APRC 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *