Berita Auto

MINI Malaysia Mengembara Dengan MINIscape 2016

MINI Malaysia baru-baru ini mengadakan pengembaraan mengujakan selama dua hari yang dipenuhi dengan kenikmatan dan keseronokan – gaya MINI –  untuk pelanggannya.

MINIscape 2016 (3)

Pengembaraan hujung minggu itu berjaya menarik 171 pelanggan untuk menyertai aktiviti yang begitu mengujakan sepanjang dua hari dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perjalanan tersebut melibatkan sekumpulan 82 buah kenderaan MINI dan sesi pengalaman pemanduan yang begitu menarik sepanjang 700 km.

MINIscape 2016 (4)

Bermula dari The Garage KL, pengembaraan tersebut membawakan dorongan keseronokan MINI yang lengkap dengan pengalaman memandu dan lencongan gastronomi ke Halia Inc, restoran istimewa yang menyajikan hidangan tempatan Melaka di tebing Sungai Melaka.

MINIscape 2016 (6)

Konvoi yang disertai kenderaan ikonik MINI kemudiannya menyambung pengembaraan hujung minggu itu ke Johor Bahru, diikuti acara kemuncaknya menjelang senja, iaitu pesta di atas kapal layar di Danga Bay, Johor. Bertepatan dengan gaya hidup bersemangat yang melambangkan identiti MINI, para peserta dihidangkan dengan jamuan mewah yang diikuti dengan persembahan muzik secara ‘live’ oleh kumpulan Bonjoza dan pelawak Rizal Van Geyzel dalam sambutan yang diadakan di atas laut itu, sebelum mereka merehatkan diri di Renaissance Hotel Johor Bahru.

MINIscape 2016 (5)

Empat model kenderaan MINI yang mengiringi kumpulan pengembara sepanjang dua hari itu termasuklah MINI Cooper S Countryman, MINI Cooper S Clubman, MINI Cooper S 5 Pintu, dan MINI Cooper S 3 Pintu.

MINIscape 2016 (8)

Mengulas mengenai pengembaraan tersebut, Encik Han Sang Yun, Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan BMW Malaysia berkata, “MINIscape2016 merupakan peluang yang begitu baik untuk pelanggan kami merasai semangat dan keseronokan sebenar jenama MINI. Kami percaya bahawa sepanjang dua hari memandu kenderaan MINI, berkongsi tujuan dan komitmen program MINIscape bukan sahaja menyatukan keluarga dan rakan, tetapi juga membolehkan kami berkongsi nilai dan DNA jenama ini – ‘Maximise the Experience, Focus on the Essentials’.”

MINIscape 2016 (9)

Encik Han menambah bahawa MINIscape menggambarkan ciri berani jenama MINI untuk mewujudkan pengalaman bermakna menerusi cara yang tidak konvensional. “Sebagai jenama yang dikenali dengan mutu gaya tinggi dan keberanian, MINI meneruskan komitmennya untuk mewujudkan pengalaman bermakna yang sewajarnya dialami oleh setiap orang – untuk mengejar keghairanan dalam kehidupan mereka.”

MINIscape 2016 (10)

Previous post

Toyota Corolla Altis Baharu Kini Boleh Ditempah

Next post

Honda BR-V Buat Kemunculan di Malaysia Autoshow 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *