Berita Auto

Honda BR-V Buat Kemunculan di Malaysia Autoshow 2016

Honda BR-V serba baharu membuat penampilan mengejut hari ini di Malaysia Autoshow 2016. Crossover tujuh tempat duduk itu didedahkan kepada orang ramai oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kasuto Hayashi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model yang hadir dalam warna Taffeta White dipamerkan selama tiga hari di autoshow yang bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) itu.

BR-V dikuasakan oleh enjin i-VTEC 1.5 liter yang menghasilkan 120 PS. Ia menampilkan tema reka bentuk Solid Wing Face Honda lengkap dengan lampu nyalaan siang, rel bumbung serta rim aloi 16 inci. Ciri-ciri praktikal seperti kamera undur dan sensor juga disediadakan.

The All-New BR-V is powered by a 1.5L i-VTEC engine, which provides 120PS, making it the highest engine output in its segment

Kerusi di dalam BR-V direka bagi membolehkan ianya disusun dalam pelbagai konfigurasi. Kenderaan itu mempunyai ruang but 223 liter yang boleh dibesarkan sehingga 539 liter jika tempat duduk baris ketiga dilipat. Tempat duduk baris kedua boleh diubah dengan hanya satu sentuhan dalam konfigurasi 60:40 manakala kerusi baris ketiga mempunyai konfigurasi 50:50 dan boleh dilipat sepenuhnya. Upholsteri kulit serta penyaman udara belakang meningkatkan lagi tahap keselesaan kabin.

The Advanced Technology Corner, specially set up to educate visitors on HondaGÇÖs Hybrid system, safety technologies and Turbo engine

Rakyat Malaysia boleh melihat BR-V dengan lebih dekat lagi di tapak pameran Honda yang bertemakan “Tomrrow’s Dream, Today’s Reality”. Pelawat berpeluang untuk melihat pencapaian Honda dalam bidang teknologi, keselamatan dan robotik.

Mr Katsuto Hayashi, MD & CEO of HMSB; & En Roslan Abdullah, President & COO of HMSB riding Honda's personal mobility device UNI-CUB +¦

Juga terdapat sudut Advanced Technology yang didirikan khas untuk mendidik pelawat tentang sistem hibrid, keselamatan dan enjin turbo Honda. Selain itu, pelawat juga boleh melihat prototaip i-DCD Sport Hybrid serta mencuba peranti mobiliti peribadi Honda iaitu UNI-CUB β.

The All-New Civic offering D-Segment value at C-Segment pricing

Mereka yang menempah sama ada Accord, Civic atau City berpeluang mendapat bonus bernilai sehingga RM8,000. Tarikan lain yang disediakan termasuklah cabutan bertuah serta jualan cenderamata.

The redesigned 9th Generation Accord offers a great package of value for money while maintaining premium features in all variants

Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh mengikuti siri jelajah BR-V yang akan diadakan selama dua bulan di lokasi-lokasi berikut:

Honda BR-V Roadshow

 

Previous post

MINI Malaysia Mengembara Dengan MINIscape 2016

Next post

Honda WR-V Muncul di Sao Paulo International Motor Show 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *