Berita Auto

Jaguar I-Pace – SUV Elektrik Berprestasi Tinggi

Jaguar, jenama yang terkenal dengan barisan kereta sports yang menggiurkan seperti E-Type, XK dan juga F-Type, telah mengumumkan yang ia akan mengeluarkan SUV elektrik yang dikenali sebagai I-Pace.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun masih di tahap konsep, I-Pace merupakan produk yang sudah hampir lengkap dan bakal dipasarkan pada tahun 2018. Menurut pengeluar itu, ia akan menjadi kenderaan lima tempat duduk yang paling pintar dengan gabungan elemen kereta berprestasi tinggi dan kereta keluarga.

?????????????

Dari aspek luaran, SUV hasil kerja Ian Callum itu menampilkan rekaan garang yang jelas diinspirasikan oleh kenderaan konsep C-X75 manakala bahagian dalaman pula seakan-akan F-Type di mana kedudukan pemandu adalah rendah.

?????????????

Kabin I-Pace dilengkapi dengan tiga skrin sesentuh  – dua pada papan pemuka dan satu instrumen kluster maya yang terletak di belakang roda stereng. Segala kawalan sistem infotainmen boleh dilakukan melalui butang dan tombol pada konsol tengah. Bumbung kaca panoramik juga disertakan.

jagipacebatterycutaway141116

I-Pace dikuasakan oleh dua motor elektrik – satu untuk setiap gandar – yang bergabung untuk menghasilkan 400 PS, 700 Nm dan jarak pemanduan sehingga 500 km dengan satu caj penuh. Dengan pacuan empat roda, SUV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa lebih kurang empat saat.

jagipacestudiointerior14111602

Pengendalian pula tidak kurang hebatnya. I-Pace menggunakan suspensi ‘double wishbone’ dan ‘Integral Link’ yang terbukti kemampuannya dalam model XE, XF dan F-Type. Sistem breknya juga menggunakan penggalak brek elektrik (electric brake booster) untuk kawalan brek yang lebih berkesan.

?????????????

Motor elektrik dan bateri lithium-ion yang digunakan boleh dicas dari 0 hingga 80% dalam masa 90 minit menggunakan pengecas 50kW DC. Cas penuh pula mengambil masa hanya dua jam menggunakan pengecas yang sama.

 

 

 

Previous post

Cub Prix Kembali Ke Taiping Selepas 8 Tahun

Next post

Adakah Kereta Hibrid Sesuai Untuk Anda?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *