Motosikal / Lain Lain Roda

Cub Prix Kembali Ke Taiping Selepas 8 Tahun

Selepas lapan tahun, Taiping, Perak, lokasi yang cukup popular dikalangan peminat sukan permotoran tempatan kembali menjadi hos bagi siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang masuk ke pusingan terakhir bagi musim 2016 pada 19 dan 20 Oktober ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Persaingan enam kategori perlumbaan dijangka sengit dengan bentuk litar sementara sepanjang 1.466km yang mempunyai dua laluan lurus panjang dan tujuh selekoh mencabar di Kawasan Perindustrian Kamunting Raya, juga merupakan litar terpanjang dalam kalendar kejuaraan musim 2016.

“Taiping merupakan venue istimewa bagi Kejuaraan Cub Prix Malaysia. Sebagai daerah kelahiran gandingan dua beradik, (Ahmad Fazli Sham dan Ahmad Fazrul Sham), daerah ini mempunyai ramai peminat-peminat sukan permotoran dan kehadiran peminat minggu ini juga dijangka begitu meriah,” jelas Ketua Operasi Cub Prix, Shafry Azizan.

“Sebelum ini Taiping terkeluar dari kalendar perlumbaan kerana sukar untuk mendapatkan lokasi yang sesuai. Jadi, sepertimana peminat-peminat, kami juga gembira kerana Cub Prix kembali ke Taiping.”

Fazli (46) dan Fazrul (11), pelumba adik beradik dari Taiping mempengaruhi peminat Cub Prix yang ramai di Taiping

Dengan gelaran juara keseluruhan CP130 sah menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin dan gelaran naib juara keseluruhan milik rakan sepasukan, Ahmad Fazli, persaingan di Taiping minggu ini terarah kepada pemburuan gelaran keseluruhan CP115 dan kelas Wira.

Bagi memeriahkan perlumbaan pusingan akhir musim 2016, peminat-peminat bakal disajikan dengan persembahan artis jemputan seperti Sham Kamikaze, Ali XPDC dan Projector Band.

Pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas akan berlangsung di Kawasan Perindustrian Kamunting Raya, Taiping, Perak pada 19 dan 20 November bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Masuk adalah percuma

Previous post

'Pilota Ferrari Around the World' Muncul Semula Ke Malaysia

Next post

Jaguar I-Pace - SUV Elektrik Berprestasi Tinggi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *