Berita Auto

Hyundai Ioniq Hybrid Dilancarkan di Malaysia

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini melancarkan Hyundai Ioniq Hybrid, kenderaan berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang dipasang secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model hibrid pertama syarikat itu didatangkan dalam dua varian iaitu HEV yang berharga RM100,328 dan HEV Plus yang dijual pada harga RM110,828 (harga atas jalan termasuk GST, tanpa insurans).

Hyundai Ioniq Hybrid Launch 24

Kedua-dua varian menggunakan enjin yang sama iaitu Kappa 1.6 liter GDI yang menghasilkan 105 PS dan 147 Nm tork maksimum. Unit empat silinder tersebut digabungkan dengan sebuah motor elektrik yang menjana 43.5 PS, sekaligus menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 141 PS pada 5,700 rpm dan 265 Nm dalam gear pertama.

Kuasa disalurkan melalui kotak gear DCT enam kelajuan dengan nisbah kelajuan yang ditetapkan khas. Selain daripada suspensi belakang jenis multi-link, pemanduan Ioniq Hybrid juga dipertingkatkan dengan mod Sport dan Eco.

Hyundai Ioniq Hybrid Launch 37

Kuasa motor elektrik pula datang dari pek bateri jenis Lithium-ion yang dikatakan 23 hingga 25 peratus lebih cekap dari bateri nikel biasa.

Untuk prestasi yang lebih menyeluruh, Ioniq Hybrid didatangkan dengan reka bentuk kemas yang menyumbang kepada pekali seretan yang rendah iaitu 0.24 Cd. Selain itu, ia juga menggunakan hud dan bonet aluminium yang mengurangkan berat sebanyak 12 kg. Pelindung kargonya juga 25 peratus lebih ringan berbanding yang digunakan pada model Hyundai lain.

Hyundai Ioniq Hybrid Launch 05

Walaupun berat dikurangkan, ketegaran rangka Ioniq Hybrid dikekalkan dengan penggunaan 53 peratus Advanced High Strength Steel, yang memberi kesan positif kepada aspek pengendalian dan keselamatan.

Ioniq Hybrid didatangkan standard dengan kemasan bberwarna biru, lampu nyalaan siang LED dengan lubang udara fender, lampu kombinasi belakang serta spoiler belakang. Varian HEV Plus pila menambah lampu hadapan HID Bi-Xenon, gril hadapan dengan sensor Smart Cruise Control (SCC) dan Active Airflap.

Hyundai Ioniq Hybrid Launch 21

Tujuh warna ditawarkan iaitu Phantom Black, Polar White, Platinum Silver, Aurora Silver, Iron Grey, Marina Blue dan Pheonix Orange. Varian HEV mendapat rim 15 inci manakala HEV Plus mendapat rim 17 inci.

Bahagian kabin kereta itu pula menampilkan paparan TFT sebesar 7 inci dengan resolusi piksel 1280 X 720 yang memaparkan pelbagai maklumat seperti speedometer, mod Eco, jumlah caj, tolok minyak dan lain-lain. Warna papran tersebut turut berubah mengikut mod pemanduan yang dipilih.

Hyundai Ioniq Hybrid Launch 19

Selain itu, pengecas induktif tanpa wayar (Qi) dan pelarasan 8 cara pada tempat duduk pemandu juga disertakan. Sistem penghawa dinginnya juga lebih cekap dengan adanya mod ‘pemandu sahaja’ yang dapat mengurangkan beban sistem tersebut.

Dari sudut keselamatan pula, kedua-dua varian Ioniq Hybrid menampilkan Vehicle Stability Management (VSR), Front and Rear Parking System, tujuh beg udara dan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS). HEV Plus dipertingkatkan dengan Blind Spot Detection (BSD), Lane Keeping Assist (LKAS), Automatic Emergency Braking System (AEB), Smart Cruise Control (SCC) dan sensor hujan.

Hyundai Ioniq Hybrid Launch 33

Hyundai Ioniq Hybrid Launch 23

 

 

 

Previous post

Nico Rosberg Juara Formula One 2016

Next post

Volkswagen 'Arteon' Lebih Besar Lebih Bergaya Berbanding Passat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *