Gaya Hidup

BMW Malaysia dan Khoon Hooi Bekerjasama Untuk Mempersembahkan Fashion In Motion

Selepas kejayaan kerjasama dalam Modern Luxury pada awal tahun ini ketika perkenalan BMW 7 Series yang baharu, BMW Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan Khoon Hooi, pereka fesyen yang terkenal di Malaysia untuk mempersembahkan Fashion in Motion.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menjelang acara Fashion in Motion yang akan diadakan pada hari Sabtu, 26 November 2016 di Uppercase, APW Bangsar, BMW Malaysia mengadakan peraduan di laman Facebook di mana lima pemenang akan berpeluang untuk memenangi dua pas eksklusif ke acara Fashion in Motion.

Untuk menyertai peraduan ini, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Lawati laman Facebook BMW Malaysia dan cari posting mengenai BMW 7 Series baharu yang menjadi sebahagian daripada kerjasama dalam Fashion in Motion.
  2. Kongsikan visual BMW 7 Series baharu ini dan beritahu mereka mengapa ia menggambarkan kesempurnaan.
  3. Tag laman Facebook mereka (BMW Malaysia) dan sertakan hashtag #BMWxKhoonHooi.

Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang paling kreatif.

Peraduan berakhir pada hari Selasa, 22 November. Tertakluk pada terma dan syarat.

Previous post

Cub Prix Taiping Perlumbaan Terakhir CP130

Next post

Sertai Jelajah Yamaha MT ke Krabi!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *