Gaya Hidup

BMW Group Malaysia Umum Finalis BMW Shorties 2016

BMW Shorties, pertandingan filem pendek yang paling berprestij dan yang paling lama diadakan di Malaysia menyambut ulang tahun yang ke-10 pada tahun ini. Buat kali pertama dalam sejarahnya yang menjangkau sedekad, pertandingan filem pendek ini menerima jumlah penyertaan tertinggi iaitu 115 buah filem pendek.

Dalam proses pengadilan pada awal bulan ini, para pengadil menghadapi kesukaran untuk menghadkan pencalonan kepada 10 filem pendek dalam pusingan akhir kerana kualiti penyertaan yang diterima. Akhirnya, buat kali pertama bagi BMW Shorties, panel telah memutuskan untuk memilih 12 filem pendek untuk dipertandingkan pada tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bercakap di majlis anugerah tersebut, Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia berkata, “Selama ini, program BMW Shorties menjadi platform yang kukuh bagi bakat-bakat muda dalam bidang perfileman di Malaysia untuk menunjukkan minat mereka dalam bidang ini dan juga untuk memulakan kerjaya dalam industri perfileman.”

Sashi menambah bahawa BMW Group Malaysia menghargai pengalaman ini kerana dapat berkongsi minat, komitmen dan bakat para pembuat filem dengan rakyat Malaysia. Kata beliau, “Tema kami tahun ini iaitu ‘Journey’ bukan sahaja menandakan ulang tahun kami yang telah mencapai sedekad, tetapi juga menggambarkan kejayaan yang dinikmati oleh inisiatif ini.”

Para pengadil bagi pertandingan tahun ini adalah dari golongan pembuat filem yang telah mencipta nama di Malaysia, iaitu pembuat filem komersial Lina Tan; pembuat filem dan pemenang anugerah, Liew Seng Tat; pendatang baru dalam pembuatan filem dan penulisan skrip lakon layar, Nadira Ilana; penyunting filem dan bunyi terkenal, Lee Chatametikool dari Thailand serta Yuni Hadi dari Singapura, penerbit filem, penulis dan kurator terkemuka dengan pengkhususan dalam pengurusan filem dan projek media.

Lina Tan yang menjadi panel pengadil BMW Shorties bagi kali keenam pada tahun ini berkata, “Sepanjang tempoh saya menjadi pengadil BMW Shorties, proses pengadilan tahun ini adalah yang paling mencabar kerana terdapat peningkatan drastik yang diperhatikan dari segi kualiti dalam kebanyakan penyertaan. Kepelbagaian pendekatan dalam pembuatan filem di samping kualiti yang mengagumkan yang dibawakan oleh setiap penyertaan memerlukan pertimbangan kritikal yang lebih dari panel pengadil.”

Nadira Ilana, yang menyertai panel pengadil buat pertama kalinya mengulas, “Saya kagum dengan kematangan yang ditunjukkan dalam produksi pembuat filem yang mengambil bahagian. Minat yang ditunjukkan menerusi penceritaan yang berani dalam penyertaan filem adalah amat memberangsangkan. Ini menunjukkan limpahan kreativiti di luar sana – bakat-bakat dalam pembuatan filem yang memerlukan platform seperti BMW Shorties untuk menyokong mereka dalam mewujudkan legasi dalam seni penghasilan filem.”

Lee Chatametikool, penyunting filem dan bunyi yang terkenal berkata berdasarkan pemerhatian beliau, “Selain daripada kemampuan yang mengagumkan yang ditunjukkan dalam penyertaan filem, terdapat juga daya tarikan tempatan yang unik bagi Malaysia dalam banyak karya yang diterima. Sekiranya diberi peluang, saya yakin naratif tempatan ini – yang dihayati oleh begitu banyak peserta BMW Shorties – akan membawa industri perfileman Malaysia ke tahap yang lebih tinggi di arena antarabangsa serta dapat menyerlahkan potensinya dalam membentuk sebuah generasi menerusi pembuatan filem.”

Salah satu daripada 12 finalis akan memenangi hadiah utama iaitu geran untuk produksi sebanyak RM75,000 di samping prospek yang baik dalam industri perfileman. Anugerah lain untuk potensi pembuatan filem termasuklah Pengarah Terbaik, Pelakon Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Reka Bentuk Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik serta Anugerah Pilihan Ramai yang begitu popular.

Filem pendek oleh 12 finalis akan dipertandingkan dalam Anugerah Pilihan Ramai yang akan dibuka untuk undian umum dari 30 November hingga 7 Disember, 2016 di www.bmwshorties.com.my.

Finalis BMW Shorties 2016 (tidak mengikut susunan) adalah:

  • Aman Nak Besar oleh Affendi Azizan
  • Hawa oleh Tan Ce Ding
  • Wednesday (休息日) oleh Lee Kah Giap
  • The Bosom oleh Pow Lai Xiang
  • Terminal oleh Caston J
  • Once See Fatt Cai (一見發財) oleh Chan Kean Wah
  • 1304KM: Girl from Sumatra oleh Lim Han Loong
  • Terus oleh Sherwynn Victor
  • Revival oleh Tham Wai Fook
  • Prisoner (囚) oleh Dexter Lo
  • A Short Film without a Title oleh Koo Shu Xuan
  • Roundabout oleh Liew Yew Yin

 

Calon-calon Anugerah Sampingan BMW Shorties 2016 tanpa mengikut susunan adalah:

  • Pengarah Terbaik

o   Tham Wai Fook untuk Revivial

o   Chan Kean Wah untuk Once See Fatt Cai (一見發財)

o   Affendi Azizan untuk Aman Nak Besar

o   Sherwynn Victor untuk Terus

o   Tan Ce Ding untuk Hawa

 

  • Sinematografi Terbaik

o   Wednesday (休息日) oleh Lee Kah Giap

o   Hawa oleh Tan Teck Zee

o   Aman Nak Besar oleh Iswandi Salim

o   A Short Film Without a Title oleh Damien Goh Kwee Yew

o   Terus oleh Jeffery Ng Jun Guan

 

  • Lakon Layar Terbaik

o   Terus oleh Sherwynn Victor, Derek Lim, & Daniyal Kadir

o   Aman Nak Besar oleh Affendi Azizan

o   Once See Fatt Cai (一見發財) oleh Chan Kean Wah

o   1304KM: Girl from Sumatra oleh Lim Han Loong

o   Revival oleh Tham Wai Fook

o   Terminal oleh Caston J

o   Hawa oleh Tan Ce Ding & Andy Darrel Gomes

 

  • Reka Bentuk Produksi Terbaik

o   Revival oleh Teh Kah Wee

o   Hawa oleh Jess Ooi

o   Marathon oleh We Jun

o   Selam oleh Bani

o   Terus oleh Aiman Hamzah

 

  • Penataan Bunyi Terbaik

o   Terus oleh Tang Wai Kent & Sherwynn Victor

o   The Bosom oleh Jaster Fong

o   Terminal oleh Caston J

o   Marathon oleh Sebastian Ng & We Jun

o   Prisoner (囚) oleh San

o   Hawa oleh Azrin Mohamad Noor

 

  • Suntingan Terbaik

o   Once See Fatt Cai (一見發財) oleh Chan Kean Wah

o   Hawa oleh Tan Ce Ding

o   Prisoner (囚) oleh Kenneth Tan

o   Terus oleh Sherwynn Victor

o   Aman Nak Besar oleh Affendi Azizan

 

  • Pelakon Lelaki Terbaik

o   Kenny Gan dalam Roundabout

o   Jonathan Lee, Jon Art, & Zac dalam Once See Fatt Cai (一見發財)

o   Vincent Wong dalam Hawa

o   Yap Chin Fong dalam Terminal

o   Azman Hassan dalam Terus

 

  • Pelakon Wanita Terbaik

o   Susan Lankester dalam Marathon

o   Lim Soek Yuen dalam Act 1: Journey to Guang

o   Mia Sabrina Mahadir dalam 1304KM: Girl from Sumatra

o   Syarafina Abdullah dalam Aman Nak Besar

o   Hawa Khadeeja dalam Hawa

o   Sukania Venugopal dalam Terminal

 

BMW Shorties 2016 Finalist – Aman Nak Besar by Affendi Azizan

BMW Shorties 2016 Finalist – Hawa by Tan Ce Ding (Andy Darrel Gomes, Scr…

BMW Shorties 2016 Finalist – Roundabout by Liew Yew Yin

BMW Shorties 2016 Finalist – Terminal by Caston J

BMW Shorties 2016 Finalist – Terus by Sherwynn Victor

BMW Shorties 2016 Finalist – The Bosom by Pow Lai Xiang

BMW Shorties 2016 Finalist – Wednesday by Lee Kah Giap

BMW Shorties 2016 – 1304KM Girl From Sumatra by Lim Han Loong

BMW Shorties 2016 – Once See Fatt Chai by Chan Kean Wah

BMW Shorties 2016 Finalist – A Short Film Without A Title by Koo Shu Xua…

BMW Shorties 2016 – Prisoner by Dextor Lo

BMW Shorties 2016 Finalist – A Short Film Without A Title by Koo Shu Xua… (1)

Previous post

Boon Siew Honda Lancar BeAT Scooter Dengan Harga RM5,565

Next post

MPV Kompak EEV Pertama di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *