Gaya Hidup

Anda Kenal Gorden Wagener?

Gorden Wagener ialah Naib Presiden Design untuk  unit operasi reka bentuk di seluruh dunia Daimler AG.

mercedesgorden-wagener1Beliau bermula di Mercedes Benz pada tahun 2008, (menggantikan Peter Pfeiffer yang menghabiskan kira-kira 40 tahun di Mercedes Benz membentuk klasik-klasik seperti coupe W123 dan siri SL) dan bertanggungjawab untuk pelbagai reka bentuk baharu Mercedes yang kacak dan dinamik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Reka bentuk yang baik dalam kombinasi dengan kejuruteraan yang hebat adalah apa yang kita lihat dalam kenderaan jualan semasa yang terbaik daripada Mercedes Benz.

mercedesgorden-wagener2

Untuk Gorden, reka bentuk mentakrifkan jenama dan pendekatan yang menyeluruh adalah penting.

E-Klasse Interieur E-Class Interior

Di bawah kepimpinan beliau, falsafah reka bentuk baharu yang sensual dicipta pada tahun 2009, yang mentakrifkan kemewahan moden.

mercedesgorden-wagener5

Pelbagai model menanggung tandatangan Gorden Wagener sebagai Naib Presiden Design, seperti model baharu E, C dan S-Class, GLE Coupé, SUV GLC, Mercedes-AMG GT serta kenderaan pintar dan perdagangan syarikat.

mercedesgorden-wagener4

Melihat kepada pelbagai kenderaan Mercedes Benz semasa, kami pasti bahawa pereka berusia 48 tahun ini dari bandar Essen di Jerman mempunyai banyak lagi idea untuk memastikan Mercedes Benz berkedudukan No.1 di Malaysia dan global.

 

Previous post

Grab Dapat Pensijilan ISO

Next post

Cabaran di Indonesia Menanti Pemandu-pemandu Muda F4/SEA

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *