Gaya Hidup

SMG Mega Sappire Memantapkan Lagi Angkatannya Dengan Trak Scania

SMG Mega Sappire Sdn Bhd (SMG) telah menambah dua lagi trak Scania kepada angkatan kenderaannya, sebahagian daripada perancangan peluasan perniagaan pengangkutan dan pemuatannya.

Perniagaan milik keluarga ini kini beroperasi dengan 30 buah trak yang membuat penghantaran di sekitar Semenanjung Malaysia. Perancangan jangka panjangnya ialah untuk menggantikan trak-trak lama dengan trak Scania pada kadar dua atau tiga buah setiap enam bulan.

Anak kunci kepada dua trak P410LA6X2MSZ yang dipesan itu telah diserahkan kepada Pengarah Urusan SMG, Encik Kanapathy Raman Satish oleh Pengarah Jualan Scania Asia Tengara, Tuan Haji Idros Puteh baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Trak Scania P410LA6X2MSZ dilengkapi dengan Opticruise, satu sistem tukaran gear berkelas optima yang membantu pemandu untuk menumpukan fokus dan lebih mudah mengawal trak sambil mengurangkan penggunaan bahan api serta klac dan synchromesh.

Injin P410 yang berkuasa ini mampu memberi kuasa torkyang lebih tinggi pada putaran yang rendah, dan dengan itu memudahkan pemanduan. Pemandu akan berasa lebih selesa dengan putaran stereng yang boleh diubah suai, dan juga reka bentuk kabin yang ergonomik. Ciri-ciri ini dapat meningkatkan kecergasan pemandu demi melindungi keselamatannya dan pengguna jalan raya yang lain.

Scania-SMG MS1 (1)

Turut disertakan dengan pemerolehan kedua trak baru ini adalah pakej Scania Maintenance percuma selama dua tahun, Scania Assistance percuma selama dua tahun, dan Sistem Pengurusan Angakatan (FMS) percuma selama sepuluh tahun. SMG juga dibekalkan dengan perkhidmatan Scania Credit dengan juga liputan insuran.

Selain memastikan trak Scania beroperasi lancar, kontrak Pembaikan dan Pemulihan dimeterai untuk memberi keyakinan kepada semua pemilik terhadap Khidmat Pemandu Scania dan Sistem Pengurusan Angkatan yang ditawarkan.

Khidmat Pemandu Scania (Scania Driver Services) terdiri daripada Sistem Sokongan Pemandu (Driver Support System) yang dapat mengesan tingkah laku pemanduan. Latihan Pemandu Scania (Driver Training) turut dibekalkan untuk mengasah kemahiran pemandu agar selalu berprestasi cemerlang, sementara Kejurulatihan Pemandu  (Driver Coaching) diberikan untuk mengingatkan pemandu akan perilaku yang boleh diperbaiki secara berpanjangan.

FMS yang ditawarkan bersama-sama trak Scania baru itu juga menyediakan monitor dan pakej sistem kawalan data melalui peralatan komunikasi untuk mencapai penjimatan bahan api sebanyak 10%.

“Kami teruja kerana pemerolehan trak Scania bukan setakat membeli dan menggunakannya sahaja. Scania juga menawarkan solusi menyeluruh kepada perniagaan pengangkutan secara mampan yang menjadikan pelaburan kami lebih berbaloi untuk jangka masa panjang,” kata Kanapathy.

Scania-SMG MS3 (1)

 

Previous post

BMW Malaysia Rakan Automotif Rasmi CIMB Classic 2016

Next post

Lebih Banyak Faedah Untuk Miliki Toyota Camry Hybrid

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *