Gaya Hidup

Rebat Proton Iriz Untuk Pemandu Perkhidmatan Ride Sharing Di Bawah Bajet 2017

Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri pada Bajet 2017 hari ini sesuatu yang agak mengujakan PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) kerana ini adalah rebat kali pertama yang ditawarkan Syarikat untuk kerjasama dengan syarikat perkhidmatan perkongsian perjalanan (ridesharing).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Syarikat mengalu-alukan langkah ini dan gembira dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat perkongsian perjalanan untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup golongan pendapatan B40 (mereka yang berpendapatan sehingga RM3,855). Selaras dengan Bajet 2017, rebat sebanyak RM4,000 akan diberikan untuk individu yang membeli Proton Iriz sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk menjadi pemandu perkhidmatan perjalanan perkongsian.

Screen Shot 2016-10-22 at 1.29.42 AM

Syarikat menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan dengan objektif yang jelas untuk menyokong Syarikat kereta nasional dengan usaha untuk merangsang industri automotif dan inisiatif ini menyediakan pertumbuhan ketara dan peluang ekonomi. PROTON memuji kerajaan Malaysia kerana bajet yang mengutamakan keperluan rakyat masa kini.

PROTON teruja untuk menjadi sebahagian daripada industri perkongsian perjalanan kerana langkah itu dilihat sebagai visi untuk memacu Malaysia ke hadapan melalui inovasi teknologi dan mewujudkan peluang ekonomi bagi ramai rakyat di negara ini.

Screen Shot 2016-10-22 at 1.28.42 AM

Previous post

Ducati Lancar Lima Model Baharu di Malaysia

Next post

Respon Uber Terhadap Bajet 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *