Gaya Hidup

Pasukan Malaysia Juara Kejohanan Golf Lexus 2016

Sekali lagi, Pasukan Malaysia berjaya menggondol anugerah Juara Negara dalam kejohanan golf Piala Lexus Asia 2016, di mana empat pemilik Lexus itu berganding bahu mengalahkan pasukan lawan dari Asia Pasifik sekaligus menjuarai kejohanan jemputan itu.

Diadakan di Da Nang, Vietnam dari 10 hingga 11 Oktober, acara yang dianjurkan oleh Lexus Asia Pacific itu menyaksikan 57 penyertaan dari lapan negara Asia berentap antara satu sama lain di padang golf Montgomerie Links.

Peserta-peserta kali ini merupakan juara kejohanan golf anjuran Lexus di negara masing-masing termasuk Filipina, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam,

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kejohanan tahun ini sangat mencabar, lebih-lebih lagi apabila permainan terpaksa ditangguh pada hari kedua akibat hujan lebat. Cabaran baru tahun ini iaitu Speed Competition dimenangi oleh pasukan dari Taiwan. Pemain dari Filipina, Kejohanan itu pula dimonopoli oleh pemain dari Filipina, Taiwan dan Thailand yang membawa pulang tujuh dari 16 anugerah yang dipertandingkan.

Untuk tahun kedua berturut-turut, pasukan Malaysia yang diwakili Tham Kim Seng, Tan Yeow Kwang, Chai Koon Khow dan Moh Chee Leong menjulang anugerah Juara Negara. Terdapat juga anugerah khas Pakaian Terbaik yang dimenangi oleh pasukan Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam.

Empat pemain golf bertaraf Pro dari LPGA iaitu Beatriz Recari, Azahara Munoz dari Sepanyol dan Jessica Korda, Alison Lee dari Amerika Syarikat turut dijemput untuk menunjukkan kemahiran mereka selain memberi tips-tips berguna untuk peserta.

Previous post

Vespa Sprint Adventure Edisi Terhad - RM17,000

Next post

Pikap Mercedes Benz GLT Disahkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *