Berita Auto

Naza World Call Centre Dibuka

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan tentang Naza World dan anak-anak syarikatnya kini boleh menghubungi pusat sokongan pelanggan Naza World Call Centre yang baru sahaja ditubuhkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan matlamat untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik, Naza World Call ditempatkan di kompleks Naza World Auto Mall di Petaling Jaya. Ini memastikan sebarang permintaan pelanggan boleh dipenuhi secepat mungkin.

Pusat sokongan pelanggan itu turut mempunyai akses ke semua jenama yang bernaung di bawah syarikat itu iaitu:

  • Koenigsegg – Naza Swedish Motors
  • Ferrari – Naza Italia
  • Maserati – Naza Italia
  • Brabus – Naza-Brabus
  • Naza Motor Trading
  • Naza Marques
  • Ducati – Next Bike
  • Harley-Davidson – Naza Prestige Bikes
  • Vespa – Naza Premira
  • Aprilia – Naza Premira
  • Victory Motorcycles – Harmony Fabulous
  • Indian Motorcycles – Harmony Fabulous
  • Naza Bikes
  • Naza Bikers Dream

Naza World Call Centre boleh dihubungi di talian bebas tol 1-800-88-9908 atau +603-7954-0766. Orang ramai juga boleh menghantar emel di careline@nazaworld.com.my atau datang sendiri ke pejabat sepanjang waktu bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang.

Previous post

Pandu Uji: Mazda CX-5 2.2L SkyActiv-D

Next post

Honda Rai Fireblade dan CB Dengan Barisan Model Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *