Gaya Hidup

BHPetrol NEW INFINITI Diesel Sekarang Dijual Di 110 Stesen Diseluruh Negara

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, yang mengedarkan dan memasarkan bahan api BHPetrol  baru-baru ini melancarkan BHPetrol Infiniti Diesel baharu menggunakan aditif Jerman terkini direka khas untuk enjin diesel moden.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini berikutan pengenalan pertama diesel  Euro-5 di Malaysia dengan Boustead Petroleum Marketing pada bulan November 2014.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Infiniti Diesel baharu dengan  bahan tambahan generasi baharu yang ‘Membersih’ dan ‘Jaga Bersih’ boleh didapati di 110 stesen BHPetrol di Semenanjung Malaysia. Harga BHPetrol Infiniti Diesel Euro-2M adalah RM1.75 seliter (dari 1hb Oktober 2016) dan untuk BHPetrol Infiniti Euro-5 Diesel, ia hanya 10 sen lebih seliter.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pertama kali didapat di Johor, BHPetrol kemudian menyediakan bahan api yang lebih bersih di stesen terpilih di Lembah Klang dan Melaka dan kemudian di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Hari ini, lebih daripada 110 stesen BHPetrol menjual Euro-5 Diesel – iaitu lebih daripada separuh jumlah bilangan stesen di negara ini yang menawarkan bahan api gred sama.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan BHPetrol dan lokasi semua stesen di www.bhpetrol.com.my.

 

Previous post

Toyota Sienta Tunjukan Bagaimana MPV Padat Boleh Bergaya

Next post

Pandu Uji Ringkas - Proton Saga 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *