Gaya Hidup

Siri TCR Asia Akan Sertai Program Grand Prix Malaysia 2016

Siri perlumbaan TCR Asia 2016 telah mengesahkan ia akan menyertai program Grand Prix Formula 1 yang akan di Sepang pada 1 hingga 2 Oktober ini untuk pusingan kedua terakhir musim.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Langkah perubahan lokasi tersebut terpaksa diambil setelah tundaan dalam menyiapkan Litar Zhejiang di China, iaitu destinasi asal yang dijadualkan untuk acara keempat musim ini pada 21 hingga 23 Oktober.

“Malangnya Litar Zhejiang, walaupun diberi jaminan sepanjang tahun, telah mengalami masalah dengan tarikh siap mereka dan tidak akan bersedia untuk sebarang aksi sehingga lewat musim ini,” kata David Sonenscher, Ketua Pegawai Eksekutif WSC Asia Limited.

TCRAsia_R2_start_150516_med

Sepang boleh dikatakan tempat kelahiran siri perlumbaan TCR Asia, dengan acara pembukaan kejohanan serantau pertama diadakan di litar itu pada September 2015.

Buat masa ini, senarai pelumba didahului oleh Andy Yan dari Liqui Moly Team Engstler yang telah memengani empat perlumbaan terakhir berturut-turut di Buriram dan Shanghai. Namun, pelumba Hong Kong itu sentiasa mendapat tentangan sengit dari Tin Sritrai dari Team Thailand.

Previous post

Skoda Mendedahkan Bahagian Dalam SUV Kodiaq Sebelum Pelancaran Sedunianya

Next post

Model Volvo S60 dan V60 367bhp Polestar Diumumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *