Gaya Hidup

Shell Lancar Koleksi Heritage Canisters Ulangtahun ke 125th

Bersempena dengan ulang tahun ke-125 di Malaysia, Shell telah melancarkan koleksi edisi terhad Shell Heritage Canisters. Boleh didapati di seluruh negara dari 18 September – 31 Oktober 2016, koleksi istimewa ini menggambarkan pelbagai reka bentuk stesen Shell dan pam – dari tahun 1920-an hingga 1980-an.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Canister ini boleh didapati dalam dua saiz – mini dan besar. Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM40 untuk mana-mana bahan api Shell berhak untuk membeli kanister besar pada RM 12.90 setiap satu, yang dilengkapi dengan magnet peti sejuk percuma, sedangkan mereka yang membeli barangan  Shell Select bernilai sekurang-kurangnya RM6 atau sebarang promosi Shell Select, berhak membeli kanister mini RM 7.90 setiap satu. Satu reka bentuk yang baru dikeluarkan setiap minggu, dan boleh didapati di stesen Shell di seluruh negara sementara stok masih ada.

Selain Canister, edisi terhad Shell Tanker dan Kit Penjagaan Kereta Helix dengan reka bentuk yang menggambarkan  Shell Canister minyak motor vintaj juga untuk dimenangi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai edisi terhad Shell Heritage Canisters, sila layari www.shell.com.my/heritagecanister

Untuk membaca lebih lanjut mengenai ulang tahun ke-125 Shell di Malaysia, sila layari www.shell.com.my/125years

Previous post

Volkswagen Beetle 550ps Set Rekod Kelajuan Baharu Di Flat Bonneville Salt

Next post

Estate + SUV = Mercedes-Benz E-Class All-Terrain

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *