Gaya Hidup / Lifestyle

Samsung Galaxy Note 7 Terbakar Jeep Cherokee

Satu keluarga di Florida, Amerika Utara telah kehilangan  Jeep Cherokee mereka dan Samsung Galaxy Note 7 baharu mereka apabila Note 7 yang dibiarkan mengecas didalam kereta didakwa terbakar Isnin minggu ini dan memusnahkan kedua-dua Note 7 dan Jeep itu sekali.

galaxynote7_keyvisual_5,

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut stesen televisyen tempatan, Fox 13, Nathan Dornacher dan isterinya Lydia telah melawat jualan murah di St Petersburg, Florida pada Hari Buruh dengan anak perempuan mereka dan anjing peliharaan mereka. Mereka berhenti di rumah mereka untuk memunggah meja mereka yang baru dibeli. Sedang mereka mengeluarkan meja daripada belakang Cherokee, Nathan meninggalkan Samsung Galaxy Note 7 baharu beliau sedang mengecas pada konsol tengah Jeep itu. Apabila mereka hendak keluar sekali lagi, mereka terkejut bila dalaman Jeep mereka terbakar dan asap hitam tebal mencurah keluar dari celah-celah panel.

Jabatan Bomba  St. Petersburg Fire bergegas ke rumah Dornachers tetapi ianya sudah terlambat untuk Cherokee mereka. Api memusnahkan kenderaan kesayangan Nathan yang banyak diubahsuai dengan peralatan aftermarket.

Samsung Galaxy Note 7 sudahpun mempunyai reputasi untuk pembakaran spontan sejak pengeluarannya bulan Ogos tahun ini dan ianya adalah terbaik jika pemilik telefon Samsung terbaru berjaga-jaga ya.

2015 Jeep® Cherokee Trailhawk

Previous post

ANIH Berhad Keluarkan TTA Untuk Elak Kesesakan Sempana Aidiladha

Next post

Lexus Akan Memperkenalkan UX Concept Mereka di Paris Motor Show 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *