Berita Auto

Mitsubishi Triton Baharu Dengan Enjin Turbo Diesel MIVEC

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bakal membawa revolusi dengan pengenalan Mitsubishi Triton baharu dengan enjin turbo diesel MIVEC dan merupakan trak pikap pertama menawarkan enjin diesel aluminium. 

Dikuasakan oleh blok aloi aluminium Enjin Turbo Diesel 2.4 liter MIVEC baharu dengan VGT Intercooler, Triton baharu kini lebih berkuasa dan lebih jimat bahan api.

Triton baharu ini juga mempuyai enjin diesel pertama di dalam segmennya menggunakan teknologi pemasaan pemboleh ubah injap MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic control system).

Bercakap pada majlis pelancaran Mitsubishi Triton baharu ini, En. Yang Won-Chul, Ketua Pegawai Eksekutif MMM berkata, “Kira-kira 15 tahun lalu, Mitsubishi L200 adalah trak pikap pertama di Malaysia yang menawarkan transmisi automatik. Pada 2008, Mitsubishi Triton meningkatkan lagi penanda aras dengan menjadi yang pertama menawarkan enjin 3.2 liter, dan pada 2012, Triton VGT menjadi trak pertama di Malaysia menggunakan Variable Geometry Turbo.”

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Beliau menambah, “Pada 2015, Triton merupakan trak pikap pertama di Malaysia yang menawarkan ciri-ciri menyerupai kereta penumpang termasuk Butang Tekan Nyalaan, Operasi Tanpa Kunci, Lampu Hadapan Automatik Bi-Xenon HID yang disepadu dengan Lampu Pasang Siang LED, kemudi roda boleh diubah-ubah kedudukan dan Padel Penukar bagi kawalan manual transmisi automatik. Penambahbaikan besar bagi Trition baharu ini menandakan satu lagi pencapaian bagi Mitsubishi Motors di Malaysia. Jenama Mitsubishi memiliki warisan dalam menyediakan pelanggan Malaysia dengan trak pikap terbaik untuk memenuhi kehendak mereka, sama ada untuk bekerja atau beriadah, atau kedua-duanya sekali.”

MIVEC dengan Enjin Turbo Diesel

Terima kasih kepada kemajuan dalam teknologi diesel common rail, bahan api diesel kini boleh membakar pada tekanan lebih rendah, sekali gus mengurangkan bunyi dan pelepasan asap. Namun, kawalan terperinci terhadap injap adalah perlu bagi mengekalkan prestasi permulaan-sejuk.

Dengan MIVEC mengawal injap secara terperinci, penambahbaikan pada semua aspek prestasi boleh direalisasikan. Tekanan rendah di dalam kebok pembakaran juga bermaksud bahan aloi aluminimum ringan boleh digunakan pada blok enjin.

Dengan menggunakan aluminium ringan berbanding bahan besi tuang tradisional, enjin baharu ini adalah 30kg lebih ringan dari dulu,  dan pada masa sama mengekalkan tahap kebolehpercayaan dan kelasakan yang sama pada Mitsubishi 4×4 yang dikenali semua.

Prestasi enjin juga telah ditambah baik, dengan output kini meningkat kepada 181 PS kuasa maksimum dan 430 Nm kuasa kilas, dan mencapai pengurangan sehingga 15 peratus dalam penggunaan bahan api . (Penggunaan bahan api mungkin berbeza mengikut gaya pemanduan, keadaan kenderaan dan faktor persekitaran). Dengan berat kerb dikurangkan dan output kuasa ditambahkan, keseluruhan prestasi pemanduan juga telah dipertingkatkan.

Bunyi, Gegaran dan Kekasaran (NVH) juga telah diperkemaskan menjadikan Triton baharu ini lebih senyap dan selesa dipandu. Penggunaan rantai pemasaan (timing chain) juga bermaknsa mengurangkan kos penyenggaraan, dan jangka hayat lebih panjang.

CEO of MMM Mr. Yang with Motorsports Athlete, Leona Chin

Mengenai Triton baharu

Trition baharu didatangkan di dalam enam varian, membolehkan ia memenuhi keperluan pelanggan yang lebih luas.

Varian baharu Triton VGT Adventure X  adalah model utama dalam Trition. Ia didatangkan secara standard dengan aksesori `rugged’ seperti Shield Extender bagi bamper hadapan, Bar Sports baharu beserta Fullbox, dan rim roda aloi 17 inci  dwi-warna.

Triton VGT AT & VGT MT sedia ada juga telah dipertingkatkan. Di samping enjin baharu, turut didatangkan sebagai ciri standard ialah Lampu hadapan Bi-Xenon HID Automatik disepadukan dengan Lampu Siang LED dan lampu kabus belakang. Model VGT MT juga telah dipertingkatkan dengan transmisi manual enam kelajuan baharu.

Semua model 4×4 dilengkapi dengan sistem Easy Select 4WD milik Mitsubishi yang mengoptimumkan edaran kuasa kilas antara gandar depan dan belakang. Dengan hanya menukar Pemilih 4WD, pemandu boleh menukar antara 2WD-Hi atau 4WD-Hi semasa memandu pada kelajuan sehingga 100km/j, atau kepada 4WD-Lo bagi permukaan jalan off-road yang paling mencabar.  Sistem Easy Select 4WD telah berterusan dimajukan sejak lebih dua dekad. Ia adalah jentera teguh yang boleh menangani paras kilasan tinggi.

Triton baharu ini mengekalkan ciri asalnya iaitu radius pusingan 5.9 meter terbaik di dalam kelasnya.

Sama seperti sebelum ini, semua model baharu Trition adalah diimport sebagai kenderaan Dipasang Sepenuhnya (CBU) dari hab pengeluaran global Mitsubishi Motor di Thailand.

Harga dan pilihan warna bagi enam varian adalah tersenarai seperti di bawah:

 

No Varian Harga Atas Jalan Tanpa insurans Termasuk GST (RM) Warna  
1 Triton VGT Adventure X 4×4 AT 125,005 Impulse Blue, Titanium Grey
2 Triton VGT Adventure 4×4 AT 118,198 Earth Green, Red Solid, Pearl White, Shadow Black
3 Triton VGT 4×4 AT 109,456 Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black
4 Triton VGT 4×4 MT 102,619
5 Triton 4×4 MT 88,997 Sterling Silver, White Solid
6 Triton Quest 4×2 MT 73,438

Triton baharu didatangkan dengan 2 Tahun Penyenggaraan Percuma dan 3 tahun/100,000 waranti kilang, yang mana dahulu.

Pada masa ini, Trition memegang 15% penguasaan pasaran di dalam segmen trak pikap  (Januari – Julai 2016). Dengan pelancaran Trition baharu ini, Mitsubishi Motors Malaysia menyasar untuk menjual 500 unit Triton sebulan.

Sejak pelancaran Triton serba baharu pada Mei tahun lalu, MMM telah menjual lebih 7,000 unit sehingga kini yang menyumbang hampir 50% jualan keseluruhan MMM.

Triton VGT Adventure X hanya akan berada di bilik pameran bermula 23 September ini.

Mitsubishi Motors Di Kedudukan Ketiga Terbaik dalam J.D. Power Asia Pacific 2016

Di dalam kajian Indeks Perkhidmatan Pelanggan 2016 J.D. Power Asia Pacific, Mitsubishi Motors Malaysia berada di kedudukan tiga teratas daripada 16 pembuat kereta dengan 758 mata dari 1,000 mata di dalam keseluruhan kepuasan perkhidmatan dalam kalangan jenama pasaran am.

Kajian tersebut, yang kini memasuki tahun ke-14, adalah berdasarkan maklum balas daripada 3,257 pemilik kenderaan baharu yang memberi kenderaan jenama pasaran am mereka antara Februari 2014 dan Mei 2015, dan membawa kenderaan mereka untuk diservis di pusat servis bertauliah antara Ogos 2015 dan Mei 2016.

Kepuasan pemilik kenderaan baharu dengan pengalaman servis diukur dengan menilai prestasi pengedar dalam lima faktor merangkumi kualiti servis, memulakan servis, pengambilan kenderaan, penasihat servis dan kemudahan servis.

Rangkaian Jualan MMM dan Lain-lain 

Syarikat pada masa ini diwakili oleh 54 bilik pameran (46 daripadanya adalah Pusat 3S) dan 52 pusat servis di seluruh Malaysia. Di Malaysia Timur, MMM memiliki 12 bilik pameran (6 di Sarawak dan 6 di Sabah).

Model ASX 2WD dan 4WD kompak SUV dipasang di Malaysia manakala model lain Mitsubishi adalah diimport sebagai CBU dari Thailand (sedan kompak Attrage, SUV Pajero Sport, pikap Triton) dan Jepun (SUV Outlander dan sedan Lancer).

Untuk maklumat lanjut, sila lawat www.mitsubishi-motors.com.my atau menghubungi Talian Pelanggan Mitsubishi Motors 1800 18 6611 (9 am – 5 pm, Isnin hingga Jumaat tidak termasuk cuti umum).

MIVEC Turbo Diesel Engine

 

 

 

 

Previous post

Nissan LEAF Semua-Electric Sertai Uber London Untuk Projek Kualiti Udara

Next post

Shell Advance Memperkenalkan Pek Edisi Terhad

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *