Gaya Hidup

Lihatlah Pemandu Ini ………… Ikuti Beberapa Tips Mudah Tetapi Penting Ini!

Terdapat begitu banyak kemalangan yang tak masuk akal berlaku setiap hari dan ini adalah semata-mata kerana ramai pemandu tidak mematuhi peraturan memandu yang asas dan mudah.

img_5616

  • Patuhi had laju. Memandu laju memberikan anda masa yang kurang untuk berhenti atau bertindak balas. Kelajuan yang berlebihan adalah salah satu punca utama kemalangan remaja.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

  • Sentiasa pakai tali pinggang keledar anda – dan pastikan semua penumpang lain turut memakai tali pinggang keledar. Jangan cuba memuatkan lebih ramai orang daripada bilangan tali pinggang keledar dalam kereta anda.
  • Laraskan sandaran kepala kereta anda ke ketinggian di belakang kepala anda – bukan leher anda – untuk mengurangkan whiplash sekiranya anda kemalangan.

img_5613

  • Pastikan cermin depan anda bersih. Ketika matahari terbit dan matahari terbenam, cahaya refleksi cermin depan yang kotor boleh membutakan anda seketika daripada melihat apa yang sedang berlaku.
  • Pakar-pakar memandu selalu mengesyorkan bahawa anda memegang stereng anda mengikut kedudukan 3 dan 9 pada permukaan jam, atau bahkan lebih rendah pada kedudukan 4 dan 8 pada permukaan jam. Ini kerana jika anda berada dalam kemalangan dan beg udara anda meletop, anda akan lebih selamat kerana tangan anda tidak akan melantun ke muka anda kerana pukulan beg udara itu. Ini adalah andaian jika anda mempunyai beg udara dalam kereta andalah.

img_5614

Previous post

Boleh Lakukah Ford Fiesta ST 4-Pintu Di Sini?

Next post

Cub Prix: Fazli Juara Di Temerloh

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *