Gaya Hidup

Laser Racing Kempunan Podium di Sydney

Selepas berehat semasa musim sejuk, kejohanan Porsche Carrera Cup Australia kini masuk ke separuh kedua musim dengan perlumbaan di Sydney Motorsport Park.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selepas aksi yang memberangsangkan di Darwin pada Jun lalu, Steven Richards kembali ke litar di mana beliau pernah memenangi beberapa kedudukan podium pada tahun-tahun yang lalu. Bintang Laser Racing itu mahu memperkukuhkan kedudukannya dalam kejohanan dengan mengutip mata pada kedua-dua perlumbaan hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, Richards gagal mendapat kedudukan podium namun atas kekonsistenannya, kereta Laser Racing #12 yang dipandunya kekal pada tempat kelima kejohanan dan ia merupakan kedudukan yang baik dibawa ke acara seterusnya di Sandown Park, Melbourne.

Captured at Round 4 of the Porsche Carrera Cup at the Sydney Super Sprint, Sydney Motorsport Park, Eastern Creek, New South Wales, Australia.

“Objektif saya adalah untuk mendapatkan sebanyak mata yang mungkin, jadi mungkin saya terlalu memaksa diri semasa kedua-dua perlumbaan itu,” jelas Richards.

Pusingan seterusnya akan diadakan di Melbourne dari 16 hingga 18 September ini, di samping kejohanan V8 Supercars.

 

Previous post

Hypercar Mercedes-AMG Akan Menggunakan Enjin V6 berasaskan F1

Next post

Renault Koleos Dilancarkan - Harga Pengenalan RM172,800

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *