Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Ego Avantiz Dijual Secara Rasmi Pada Harga RM5,717

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan harga rasmi skuter Yamaha Ego Avantiz iaitu RM5,717.64 selepas GST (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat).

Yamaha Ego Avantiz

Dilancarkan bersempena dengan Yamaha Automatic World Motorshow baru-baru ini, Ego Avantiz dibekalkan dengan enjin BlueCore 125cc yang menghasilkan  9.3 hp @ 8,000 rpm dan 9.6 Nm @ 5,500 rpm.

Skuter itu didatangkan dengan lampu ECO pada panel meter yang direka untuk kemudahan penunggang. Sistem kunci parkir juga diperkenalkan untuk keselamatan yang lebih terjamin terutama jika motor diparkir di kawasan berbukit.

Yamaha Ego Avantiz

Ciri-ciri lain yang ada pada Yamaha Ego Avantiz termasuk;

  1. Lampu LED agresif boleh laras
  2. Lampu brek moden
  3. Pemegang tempat duduk yang ergonomik untuk kemudahan pembonceng
  4. Ruang storan bersaiz 14 liter untuk helmet
  5. Sistem ekzos yang penuh gaya
  6. Brek cakera hadapan untuk prestasi brek yang lebih baik

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu Aggressive Black, Speedy Blue dan Raving Red

Previous post

Crossover Atau SUV, Semuanya Adalah Tentang Platform

Next post

Spesifikasi Untuk American-spec Mitsubishi Lancer 2017 Didedahkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *