Berita Auto

UMW Toyota Lancar Alphard dan Vellfire Baharu – Dari RM355,000

UMW Toyota Motor hari ini memperkenalkan dua MPV premium baharu – Toyota Alphard generasi ketiga dan Toyota Vellfire generasi kedua. Ini adalah kali pertama Vellfire dibawa masuk secara rasmi oleh syarikat itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun kedua-duanya boleh didapati dari pengimport yang lain, unit-unit yang diimport dan diedarkan oleh UMWT menerima talaan khas di bahagaian unit kawalan enjin (ECU) supaya ia sesuai untuk digunakan di negara ini. Ia juga didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta sokong pasca jualan termasuk alat ganti.

Toyota Alphard & Vellfire

Alphard ditawarkan dalam varian 3.5 (RM419,900) dan 3.5 Executive Lounge (RM519,900), manakala Vellfire pula ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 2.5 (RM355,000). Empat warna ditawarkan: Luxury White Pearl, White Pearl, Silver Metallic dan Black untuk Alphard; dan Burning Black, White Pearl, Silver Metallic dan Black untuk Vellfire.

Dari segi rupa luaran, Alphard dan Vellfire membawa konsep reka bentuk gagah yang dinamakan ‘Bravely Magnificent’ untuk Alphard dan ‘Bold and Fearless’ untuk Vellfire. Kedua-duanya menampilkan lampu LED, lampu nyalaan siang LED, pintu kuasa di belah kiri dan kanan, pintu belakang kuasa serta ‘moon roof’ berkembar.

Toyota Alphard & Vellfire

Di bahagian dalam, Aphard 3.5 Executive Lounge didatangkan dengan upholsteri kulit semi-aniline dalam warna beige dan hitam, serta kemasan kayu VIP. Alphard 3.5 mendapat kemasan kulit beige dan trim kayu coklat sementara Vellfire menampilkan kemasan kulit dan kayu berwarna hitam.

Di tengah-tengah papan pemuka adalah sistem audio dengan skrin sesentuh (8 inci untuk Alphard Executive Lounge, 7 inci untuk yang lain-lain). Varian Executive Lounge juga mempunyai 17 pembesar suara jenama JBL, manakala Alphard 3.5 dan Vellfire mempunyai 8 pembesar suara. Untuk hiburan penumpang belakang, monitor bumbung bersaiz 9 inci (10. inci untuk Alphard 3.5 dan Vellfire) juga disediakan.

Toyota Alphard & Vellfire

Keistimewaan Alphard 3.5 Executive Lounge adalah kerusi tengah VIPnya yang lebih lebar dan lengkap dengan pelbagai fungsi. Selain dari fungsi Ottoman, ia juga mempunyai meja kecil yang boleh disimpan serta penyaman udara terbina dalam. Pelarasan boleh dilakukan melalui sebuah panel kawalan.

Alphard 3.5 dan Vellfire 2.5 pula menampilkan ‘Captain Seats’ di barisan tengah yang juga mempunyai fungsi ‘reclining’, Ottoman dan meja tepi.

Toyota Alphard & Vellfire

Dari aspek enjin dan transmisi, kedua-dua varian Alphard 3.5 dikuasakan oleh enjin 3.5 liter V6 dengan Dual VVT-i yang menghasilkan 271 PS dan 340 Nm tork. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan, lengkap dengan mod ECO untuk pemanduan yang lebih mesra alam.

Model Vellfire pula menampilkan enjin 2.5 liter empat silinder juga dengan Dual VVT-i. Dipandankan dengan CVT ‘tujuh kelajuan’, unit tersebut menghamburkan 180 PS dan 235 Nm. Untuk pengendalian mudah, kedua-dua model dilengkapi dengan stereng kuasa dengan motor elektrik.

Toyota Alphard & Vellfire

Demi keselamatan, rangka badan Alphard dan Vellfire telah diperkuatkan terutama di bahagian hadapan dan tepi. Selain itu, terdapat beberapa bahagian yang direka khas untuk mengurangkan kecederaan kepada pejalan kaki andai berlakunya kemalangan.

Ciri-ciri keselamatan yang disediakan termasuklah tujuh beg udara, tali pinggang keledar 3-mata, ISOFIX, ABS dengan EBD, Brake Assist, Vehicle Stability Control, Traction Control. Hill-start Assist Control  dan buat pertama kali bagi Toyota, fungsi Brake Hold.

Toyota Alphard & Vellfire

 

 

Previous post

Meraikan Semangat Perintisan Malaysia Melalui Seni

Next post

Ford dan SDAC Tambah Keceriaan Sambutan Merdeka dengan Tawaran serta Promosi Menarik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *