Berita Auto

Subaru Buka Pusat 4S Pertama di Cheras

Pengedar kenderaan Subaru di Malaysia iaitu Motor Image Malaysia telah membuka pusat 4S pertamanya di Cheras. Ini adalah selari dengan misi syarikat itu untuk mengembangkan lagi jenamanya terutama di pusat-pusat bandar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Fasiliti berukuran 3,417 meter persegi itu terletak di Lot PT 4523 (D) 4½, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Ia menggantikan pusat 3S Cheras yang sedia ada dan akan dibuka mengikut fasa dalam beberapa bulan akan datang. Buat masa ini, terdapat 29 pusat jualan dan servis Subaru di seluruh negara.

Cheras 4S Showroom_Interior - Sales Showroom

Pusat ini menawarkan fasiliti yang lengkap iaitu jualan, servis, alat ganti dan cat. Pelanggan boleh melihat barisan produk Subaru terkini di bilik pameran yang disediakan atau berehat di lounge sementara menunggu kereta siap diselenggara.

Cheras 4S Showroom_Interior - Service Reception & Customer Lounge

Ia juga menempatkan gudang alat ganti yang lengkap demi memenuhi perminataan pelanggan. Dengan 12 ruang servis, pusat itu mampu menyelenggara sehingga 48 buah kenderaan dalam satu hari.

Cheras 4S Showroom_Interior - Service Workshop (1)

 

Previous post

Koleos SUV - Reka Bentuk dan Gaya Mewah Renault

Next post

Nissan e-NV200 Menang Anugerah Kenderaan Perdagangan Jerman 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *