Gaya Hidup

Porsche 718 Boxster Dilancarkan di Malaysia – Harga dari RM480,000

Pengimport rasmi Porsche bagi pasaran Malaysia iaitu Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah melancarkan model 718 Boxster baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Menurut Porsche, nama 718 Boxster dan 718 Boxster S dipilih sebagai tribute kepada kereta lumba 718 yang lahir pada tahun 1953. Ia digeruni sepanjang 1960-an dengan lebih 1,000 kemenangan di seluruh dunia iaitu dari Sebring ke Targa Florio dan seterusnya ke Le Mans.

Porsche 718 Boxster

Tumpuan utama model ini adalah enjin turbo empat silinder dalam susunan ‘boxer’ yang baru dibangunkan. Varian 718 Boxster dikuasakan oleh enjin berkapasiti 2.0 liter yang menghasilkan 300 hp dan 380 Nm manakala varian 718 Boxster S menikmati 350 hp dan 420 Nm dari enjin 2.5 liter yang dilengkapi teknologi Variable Turbine Geometry (VTG).

Jika dibandingkan dengan Boxster yang terdahulu, model terbaru ini mempunyai peningkatan kuasa sebanyak 35 hp manakala kecekapan penggunaan bahan api meningkat sebanyak 13%.

Porsche 718 Boxster

Prestasi juga meningkat. Jika dilengkapkan dengan PDK dan pakej Sport Chrono, 718 Boxster mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.7 saat (0.8 saat lebih pantas). 718 Boxster S dengan kelengkapan sama mampu mencapai kelajuan 100 km/j dalam masa 4.2 saat (0.6 saat lebih pantas).

Untuk kelajuan maksimum, 718 Boxster mampu mencapai 275 km/j manakala 718 Boxster S mampu mencapai 285 km/j.

Porsche 718 Boxster

Walaupun sebegitu laju, penggunaan bahan api masih berada di tahap yang baik. 718 Boxster dengan PDK mencatat 6.9 l/100 km, sementara 718 Boxster S mencatat 7.3 l/100 km. Di Malaysia, kedua-dua model ini didatangkan standard dengan transmisi PDK tujuh kelajuan.

Dari aspek reka bentuk, model 718 Boxster mempunyai rupa paras yang lebih lebar serta maskulin. Bahagian hadapannya menampilkan lampu dwi-xenon dengan Porsche Dynamic Light System (PDLS) dan lampu nyalaan siang LED manakala lampu LED tiga dimensi dan lampu brek empat-mata menghiasi bahagian belakang.

Porsche 718 Boxster

Ciri-ciri pemanduan dinamik didatangkan melalui sistem penggantungan Porsche Active Suspension Management (PASM) yang 10 mm lebih rendah. PASM dengan ‘sport chassis’ yang 20 mm lebih rendah juga ditawarkan secara optional untuk varian 718 Boxster S. Selain itu, sistem stereng elektromekanikalnya kini 10% lebih responsif hasil dari talaan semula.

Pakej optional Sport Chrono kini menyediakan mod Individual, sebagai tambahan kepada mod Normal, Sport dan Sport Plus yang sedia ada. Selain itu, Sport Response Button juga ditambah di tengah-tengah suis mod pemanduan untuk prestasi yang lebih mengagumkan.

Porsche 718 Boxster

Harga bermula dari RM480,000 untuk 718 Boxster, dan RM620,000 untuk 718 Boxster S (harga yang disebut tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans). Kedua-duanya didatangkan dengan jaminan selama empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma.

Porsche 718 Boxster

 

Previous post

Video Infiniti QX60

Next post

JPLogistics Memperbesarkan Armada ‘Prime Mover’ Dengan Volvo Trucks

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *