Gaya Hidup / Lifestyle

Perodua Lengkapi Pembinaan Masjid dan Laksanakan Solat Jumaat Pertama

Perodua melaksanakan solat Jumaat pertamanya di masjid yang terletak di Ibu Pejabat Perodua di sini hari ini selepas tempoh 2 tahun pembinaannya dengan jumlah kapasiti sebanyak 3,000 jemaah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Masjid ini merupakan salah satu inisiatif daripada Tanggungjawab Korporat Perodua bertujuan untuk membina hubungan kemasyarakatan di sekitar kawasan ibu pejabat serta memberikan kemudahan kepada warge Perodua sendiri.

“Kami berharap dengan terbinanya masjid ini ia mampu untuk menjadi pusat yang dapat memenuhi keperluan masyarakat,” kata YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

“Selain itu, rumah ibadat ini juga dapat memberi manfaat kepada warga Perodua terutamanya para muslimat untuk melakukan ibadah solat Jumaat dengan mudah dan selamat,” kata Aminar lagi.

Keluasan kawasan masjid adalah 3.74 ekar, manakala pembinaannya berkeluasan sebanyak 0.92 ekar menelan belanja sebanyak RM9.8 juta. Kos ini termasuk kos pembinaan dan kos kelengkapan masjid.

emy1426

Selain daripada ruang solat, masjid ini juga mempunyai kemudahan seperti gerai jualan makanan dan juga ruangan untuk aktiviti kemasyarakatan (perkahwinan, urusan pengkebumian dan sebagainya).

Masjid ini juga telah diserahkan kepada masyarakat melalui amalan Islam “Waqaf”. Waqaf ditakrifkan sebagai memberi; jika seseorang mendermakan barang atau hartanya untuk kegunaan dan manfaat semua secara kekal (selaras dengan garis panduan Syariah) atas nama Allah SWT.

“Kami berusaha untuk membina masyarakat yang prihatin, penyayang dan mengingati antara satu sama lain dan kami percaya masjid ini adalah salah satu caranya,” Aminar berkata.

Mengikut undang-undang negeri, masjid ini akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang seterusnya menyerahkan tugas pentadbiran ini kepada jawatankuasa Penaja Masjid Perodua yang diketuai oleh Tuan Haji Noor Hashiman Sulaiman, yang juga merupakan Pengerusi Badan Agama Islam Perodua (BAIP).

EMY_0027

Turut hadir di majlis penyerahan tersebut adalah wakil daripada Istana Selangor, YDH Dato’ Haji Aman Shah Mohd Sahar, Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, YBhg Dato’ Hj Haris Kasim, Pengarah JAIS, Abu Bakar Yang, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor, Dr Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd dan Mohamad Zain Abdul Hamid, Yang DiPertua, Majlis Daerah Hulu Selangor.

Previous post

Porsche Coupe Mungkin Datang 2017

Next post

Lamborghini Huracan GT3 Bukti Ketahanan di Spa-Francorchamps

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *