Gaya Hidup

Michelin Pilot Sport Experience kembali ke Sepang

Michelin Pilot Sport Experience (MPSE) kembali ke Litar Antarabangsa Sepang untuk pelbagai aktiviti yang mengujakan yang akan berlangsung selama 25 hari dari Ogos hingga September.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara itu disertai oleh sejumlah peserta Malaysia yang terpilih, termasuk lima pemenang pertandingan Michelin Pilot Sport dan tiga pemenang kempen Michelin Driving Passion, serta pihak media dari Asia, Timur Tengah, Oceania dan Eropah.

Participant enjoying his ride on the Formula 4 car at 2016 MPSE

Dengan bimbingan dari pasukan pemandu dan pengajar profesional, peserta diberi peluang untuk merasai beberapa kereta lumba seperti Citroen DS3 R1, kereta Formula 4, Renault Clio IV, Lamborghini Gallardo GT3 dan juga kereta Formula Le Mans.

Citroen DS3 R1 @ MPSE 2016

Selain itu, peserta juga berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan beberapa tetamu VIP termasuk Earl Bamber, bekas pengajar MPSE yang pernah memenangi kejohanan Le Mans pada tahun 2015.

Lamborghini 2014 GT3 @ MPSE 2016

Michelin juga akan melancarkan tayar Pilot Sport 4 yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Pilot Sport. Tayar ini direka khas untuk sedan premium dan kereta sport untuk prestasi yang lebih memberangsangkan. Ia telah pun dilancarkan di Eropah dan akan mula dijual di pasaran Asia dalam tempoh beberapa bulan lagi.

The Formula Le Mans 2-seater specially designed for MPSE 2016

MPSE pertama kali dilancarkan di Sepang pada tahun 2006. Sejak itu, ia telah menjadi satu acara penting buat jenama itu di rantau ini.

Previous post

Honda NSX Dijual Di Jepun

Next post

Empat Pemilik Lexus Bakal Bertanding di Lexus Cup 2016 di Vietnam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *