Berita Auto

Mercedes-Benz GLC 250 Versi CKD Dilancarkan – RM325,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV premium dengan pelancaran model GLC 250 versi pemasangan tempatan (CKD). SUV yang dipasang di Pekan itu dijual dengan harga tentatif RM325,888, iaitu RM3,000 lebih murah dari versi import (CBU) yang dilancarkan awal tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun spesifikasi tidak berubah secara umumnya, GLC 250 versi CKD didatangkan dengan beberapa ciri tambahan seperti pad sesentuh yang membolehkan sistem infotainmen dikawal dengan isyarat jari. Ia juga didatangkan dengan pencahayaan ambien dengan tiga pilihan warna dan lima tahap pencahayaan.

Ruang penyimpanan juga ditambah di ruang kabin dan bagasi untuk kemudahan penumpang. Sebagai contoh, ruang di bawah tempat letak tangan didatangkan dengan tali untuk memegang objek-objek kecil. Penumpang di belakang pula boleh menyimpan majalah atau tablet mereka di poket yang terletak di bahagian belakang kerusi hadapan. Kotak dan jaring juga disediakan di ruang bonet.

SONY DSC

Selain itu, SUV itu juga mendapat panel pintu dengan kemasan stainless steel dan tulisan ‘Mercedes-Benz’ bercahaya. Ia juga bertindak sebagai pelindung di bahagian pintu masuk.

Dari aspek luaran, GLC 250 menampilkan pakej AMG Line, termasuk rim multi-spoke AMG sebesar 20 inci. Kabinnya pula dihias dengan kemasan kayu ‘black ash dan upholsteri kulit berwarna hitam. Ciri-ciri kemudahan yang disertakan termasuklah sunroof panaromik, sistem bunyi Burmester dengan 13 pembesar suara, sistem Keyless-Go dan Hands Free Access.

SONY DSC

GLC 250 dikuasakan oleh enjin pengecas turbo berkapasiti 2.0 liter empat silinder yang menghasilkan 211 hp pada 5,500 rpm dan 350 Nm dari 1,200 hingga 4,000 rpm. Semuanya disalurkan ke sistem pacuan empat tayar 4Matic melalui kotak gear automatik sembilan kelajuan. Kenderaan ini memerlukan 7.3 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/h, dan mampu mencapai kelajuan 222 km/j.

Dari segi keselamatan, GLC 250 dilengkapi dengan pelbagai ciri aktif dan pasif seperti Collision Prevention Assist Plus, Headlamp Assist, Attention Assist, sistem Pre-Safe dan sebagainya. Ia juga mempunyai beg udara tirai untuk kedua-dua baris tempat duduk, beg udara sisi dan beg udara lutut untuk pemandu.

 

 

 

Previous post

Jimat Sehingga RM33,000 Ihsan Peugeot Merdeka Magnificence

Next post

PROTON Melancarkan Generasi Kedua Proton Persona

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *