Gaya Hidup

Kereta PROTON Buat Pemenang Pingat Di Rio 2016

DRB-HICOM Berhad (“DRB-HICOM”) dengan kerjasama PROTON Holdings Bhd (“PROTON”) akan menghadiahkan kereta Proton sebagai tanda penghargaan kepada pemenang-pemenang pingat pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil yang akan berlangsung sehingga 21 Ogos 2016.

PROTON NEW LOGO

Bagi menghargai kesungguhan, bakti dan komitmen mereka, serta demi meraikan pencapaian mereka, DRB-HICOM dan PROTON amat berbesar hati untuk menghadiahkan sebuah PERDANA 2.0L bagi pemenang pingat emas, sebuah Suprima S 1.6L Turbo Premium pemenang bagi pingat perak dan sebuah  pula untuk pemenang pingat gangsa. Kereta-kereta ini akan diberikan kepada pemenang-pemenang pingat selepas Sukan Olimpik Rio 2016 berakhir dan selepas mereka pulang dari negara itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Sebagai pengeluar kereta nasional, kami amat berbangga dengan para atlet kita yang bertanding di Sukan Olimpik Rio 2016 ini dan demi meraikan pencapaian mereka buat Malaysia, kami ingin menghadiahkan mereka yang menang dengan keretakereta PROTON iaitu Perdana, Suprima S dan Iriz untuk emas, perak dan gangsa.

DRB-HICOM dan PROTON sentiasa bangga dengan membawa bendera Malaysia dalam semua perkara yang kami lakukan, dan ini selaras dengan kebanggaan kami terhadap Jalur Gemilang,” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM dan Pengerusi PROTON .

Proton-Suprima-S-620x350

Dato’ Sri Syed Faisal juga menambah bahawa “kami berharap agar pemberian ini akan menyuntik semangat dan galakan kepada para atlet kita berusaha dengan lebih gigih untuk membanggakan negara Malaysia yang kita cintai terutama di peringkat tertinggi seperti Sukan Olimpik.” DRB-HICOM dan PROTON ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pingat yang telah menyumbang kepada kebanggaan negara dan kita percaya bahawa mereka akan dapat mencapai lebih banyak pada masa akan datang.

Malaysia merupakan antara 207 negara yang mengambil bahagian di Rio pada Sukan Olimpik 2016 dan telah menghantar 32 pesaing yang bersaing dalam 10 acara sukan. Sehingga kini, atlet negara kita telah menyumbang 3 pingat yang terdiri daripada 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Rio 2016 ini menandakan penampilan ke-15 Malaysia pada Sukan Olimpik dari tahun 1956.

Proton-Iriz-600x371

Previous post

Stok Pengepam Beg Udara Bahagian Pemandu Buatan Takata Pada Tahap 100% - Honda Malaysia

Next post

Lotus Evora 400 Kini Boleh Didapati Dengan Carbon Pack, Ekzos Titanium dan Bateri Lithium Ion

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *