Berita Auto

INFINITI VC-T: Enjin Nisbah Mampatan Pemboleh Ubah (Variable Compression-Turbocharged) Yang Pertama Di Dunia Sedia Untuk Pengeluaran

INFINITI akan melancarkan enjin Penjana Turbo Mampatan Pemboleh Ubah (VCT, Variable Compression-Turbocharged), iaitu sejenis enjin nisbah mampatan pemboleh ubah pertama di dunia yang merupakan salah satu ciptaan enjin pembakaran dalam yang tercanggih pada 29 September di Paris Motor Show 2016 (Mondial De/ Automobile). Dengan pembangunan lebih dari 20 tahun, INFINITI akhirnya memperkenalkan enjin VC-T petrol penjana turbo empat silinder INFINITI baharu ini.  Pembangunan ini merupakan satu kejayaan yang cemerlang dalam teknologi rangkaian kuasa pembakaran dalam. INFINITI -VC-T tech jpg 4k Roland Krueger, presiden Infiniti Motor Company berkata, “Teknologi VC-T ialah satu perubahan yang ketara bagi INFINITI. Ia merupakan revolusi lanjutan dalam mengoptimumkan kecekapan enjin pembakaran dalaman.  Kejayaan teknologi ini dapat menawarkan enjin petrol turbo 2.0-liter berprestasi tinggi dengan tahap kecekapan optimum pada masa yang sama.” BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101 Teknologi VC-T menandakan lembaran baharu dalam sejarah enjin pembakaran dalam – enjin tidak lagi terbatas kepada nisbah mampatan yang tetap.   Kecerdasan teknologi enjin VC-T bergantung pada keupayaan enjin untuk menaikkan dan menurunkan ketinggian omboh dengan lancar.   Akibatnya, sesaran enjin dan nisbah mampatan boleh berubah-ubah di antara 8:1 (untuk prestasi tinggi) dan 14:1 (untuk kecekapan tinggi).  Enjin yang canggih ini dikawal dengan nisbah optimum, bergantung kepada keadaan pemanduan yang diperlukan secara logik. Kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi VC-T kepada pelanggannya, termasuk pengurangan penggunaan bahan api, pelepasan asap, gangguan bunyi bising dan getaran yang ketara; selain itu, enjin ini juga lebih ringan dan padat berbanding dengan enjin konvensional yang sama. Maklumat lanjut mengenai enjin VC-T pertama di dunia akan dimaklumkan INFINITI di Mondial de l’Automobile pada 29 September, sempena sidang akbar syarikat tersebut itu nanti. INFINITI VC-T engine - 14 August 2016 - F3-42k

Previous post

Daihatsu Pamer Sigra MPV 7 Tempat Duduk di GIIAS

Next post

Apa Yang Baharu Dengan Proton Persona 2016?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *