Motosikal / Lain Lain Roda

Harga Triumph Thruxton R dan Bonneville T120 Disemak Semula

Fast Bikes Sdn Bhd, pengedar eksklusif motosikal Triumph di Malaysia, telah mengumumkan penyusunan semula harga untuk dua model terbarunya iaitu Triumph Thruxtron R dan Bonneville T120 (termasuk T120 Black).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Dengan semakan semula tersebut, harga bagi model Thruxton R dikurangkan dari RM91,900 ke RM83,900, manakala harga bagi Bonneville T120 turun dari RM79,900 ke RM72,900. Harga-harga tersebut adalah termasuk GST, tanpa insurans dan pendaftaran.

Kedua-dua model dilancarkan di Kuala Lumpur bersama-sama dengan model Street Twin pada akhir Mei tahun ini sebagai sebahagian dari rangkaian moden klasik Triumph.

Triumph

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn Bhd, Razak Al-Malique Hussain, penjimatan adalah besar kerana ia melibatkan pengurangan sebanyak RM8,000 bagi Thruxton R dan RM7,000 untuk T120 Bonneville.

“Adalah menjadi matlamat Triumph Malaysia untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada penunggang motosikal untuk memiliki dan mengalami jenama ini,” beliau berkata.

Triumph

Bagaimanapun, warna Matt Black untuk Thruxton R datang dengan tambahan harga sebanyak RM1,000, begitu juga dengan warna Matt Graphite dan dwi-tona untuk model Bonneville T120. Premium sebanyak RM1,000 juga dikenakan untuk model Street Twin dalam warna Matt Black.

Pada masa yang sama, Fast Bikes juga telah mengambil langkah proaktif dengan menawarkan baucar kredit kepada pelanggan-pelanggan yang membeli Thruxton R dan Bonneville T120 sebelum semakan harga tersebut. Langkah ini adalah sebahagian dari Triumph Customer Care Plan.

Triumph

“Dengan semakan semula harga dan sokongan dari Triumh UK, Fast Bikes yakin harga baru yang diumumkan akan memberi impak dalam pertumbuhan masa depan jenama Triumph di sini.”

 

 

Previous post

"Encore" Untuk Kujala dan Amstutz di Lamborghini Blancpain Super Trofeo Eropah

Next post

Video Kia Sportage 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *