Gaya Hidup

“Encore” Untuk Kujala dan Amstutz di Lamborghini Blancpain Super Trofeo Eropah

Nampaknya Patrick Kujala dan Adrian Amstutz menang lagi di Spa-Francorchamps. Selepas memenangi perlumbaan 1 semalam, duo Bonaldi Motorsport tersebut berjaya menaiki podium sekali lagi pada perlumbaan 2 hasil dari strategi perlumbaan yang sempurna, walaupun terpaksa berhadapan dengan penalti 5 saat akibat ketidakteraturan semasa hentian pit.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Pasangan tersebut berjaya mengukuhkan kedudukan mereka dalam kategori PRO-AM, selepas mengakhiri perlumbaan di hadapan Dennis Lind. Lind yang merupakan satu-satunya pelumba yang mencatat rekod di bawah 2’20” pada pusingan kelayakan 2, mengetuai bahagian pertama perlumbaan tersebut di mana ‘safety car’ terpaksa digunakan selepas perlanggaran yang melibatkan tiga buah kereta.

Start Race 2

Sementara pelumba Denmark itu meraih podium kelimanya, pesaing utamanya iaitu Vito Postiglione (Imperiale Racing) terpaksa berpuas hati di tempat keempat keselurahan, walaupun menjadi pemandu kedua terpantas pada pusingan kelayakan.

Sementara itu, Harald Schlegelmilch berjaya mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga selepas bermula dari petak kelima di dalam kelas PRO. Beliau menewaskan Postiglione, Martin Kodric, dan pasangan Antonelli Motorsport iaitu Lorenzo Veglia dan Andrea Fontana. Tempat keempat dalam kelasnya jatuh kepada Rik Breukers.

Abkhazava

Kelas AM pula menyaksikan Shota Abkhazava (Artline Team Georgia) meraih kejayaan pertamanya di hadapan Nouri Shahin dan Tim Muller. Dalam Piala Lamborghini, William Van Deyzen dari Van der Horst Motorsport menewaskan Songyang Fu (FFF Racing Team) dan Peter Aronson (Toro Loco).

Previous post

Interior Perodua Bezza Menawar Lebih Dari Pandangan Mata

Next post

Harga Triumph Thruxton R dan Bonneville T120 Disemak Semula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *