Gaya Hidup

Ford Malaysia Raikan ‘Truck Month’ dengan Kempen Istimewa

Ford hari ini mengumumkan kempen ‘Ford Truck Month’ yang menarik. Tawaran hebat itu membuatkan bulan September sebagai masa terbaik untuk para pelanggan di Malaysia menjadi pemilik sebuah trak pikap Ford Ranger baharu.

Mulai sekarang hingga 30 September, para pelanggan boleh menikmati jaminan selama lima tahun daripada Sime Darby Auto Connexion (SDAC) atau memilih rebat tunai untuk semua model Ranger XLT di mana-mana bilik pameran Ford di seluruh negara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Kami berbesar hati untuk meraikan warisan Ford Ranger ‘Built Ford Tough’ sepanjang kempen ‘Truck Month’ ini dengan tawaran-tawaran eksklusif. Sekali gus menjadikan inilah masa terbaik untuk pelanggan di Malaysia menjadi pemilik sebuah Ford Ranger baharu,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Ford Ranger telah menetapkan satu penanda aras baru dalam segmen trak pikap dengan gabungan kemampuan lasak, keselamatan, hasil pertukangan dan teknologi termaju. Ia menawarkan penyelesaian ke atas apa jua cabaran yang dihadapi pada setiap hari.

Ford Truck Month Promo

Dengan jarak kelegaan tanah setinggi 235mm, Ranger merupakan salah sebuah trak pikap yang paling lasak dan berkeupayaan untuk melalui persekitaran paling mencabar, suhu ekstrem serta laluan berbahaya.

Ford telah memanfaatkan keupayaan kejuruteraan global dan teknologi-teknologi keselamatan termajunya untuk menawarkan tahap perlindungan penumpang yang tiada tandingannya kepada Ford Ranger baharu. Daripada struktur badan yang dipasang dengan palang perlindungan impak sisi sehinggalah kolum stereng yang boleh dipatahkan, ABS dan Electronic Brake Force Distribution (EBD), Ranger baharu sememangnya menawarkan prestasi terbaik dari segi keselamatan aktif serta pasif. Semua itu membantu Ranger untuk memperoleh rating keselamatan paling tinggi dalam kalangan trak pikap yang diuji oleh Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

Ranger-Sabah-7-620x350

Ranger XLT kini juga hadir bersama kamera pandang belakang sebagai satu ciri standard. Ia membantu memberikan pemandu pandangan bahagian belakang kenderaan yang lebih jelas, terutama ketika hendak memarkir. Imej kamera pandang belakang itu dipaparkan pada skrin SYNC Ford bersaiz 4.2 inci. Ia berfungsi bersama ciri Rear Park Assist, alat pengesan parkir yang membantu pemandu memarkir kenderaan dengan lebih yakin.

Maklumat lanjut mengenai promosi ‘Truck Month’, sila layari laman web www.ford.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar Ford.

Previous post

Ahli Team Toyota Menangani Terrain Amerika Latin Untuk Peningkatan Produk

Next post

Perodua Serah Bezza ke-10,000, Terima 25,000 Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *