Gaya Hidup

BMW Group Malaysia lanjutkan program Safety 360° di Krista Education

BMW Group Malaysia baru-baru ini berada di Krista Education cawangan Bukit Antarabangsa bagi edisi ketiga program BMW Safety 360° yang dianjurkan oleh pengeluar kenderaan premium ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai etika di atas jalan raya dan teknologi keselamatan di dalam kenderaan bagi ibu bapa dan kanak-kanak. Programtersebut diadakan dengan kerjasama Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Program BMW Safety 360° adalah program yang dijalankan selama enam bulan dimana BMW Group Malaysia akan melawat pusat asuhan kanak-kanak (tadika) dan Montessori terpilih di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran, menggalakkan sikap lebih bertanggungjawab serta menggunakan sistem keselamatan di dalam kenderaan di kalangan ibu bapa dan kanak-kanak.

Diadakan di Krista Education cawangan Bukit Antarabangsa, kempen ini merupakan pusat pendidikan kedua yang telah dikunjungi oleh BMW Group Malaysia pada tahun 2016. Pada majlis satu hari tersebut, keluarga daripada pusat Krista Education yang berada di sekitar Lembah Klang turut menghadiri program tersebut sempena rumah terbuka Hari Raya.

Berucap di majlis itu, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, “Program BMW Safety 360° membuktikan komitmen kami untuk melihat aspek keselamatan dan tanggungjawab dari sudut teknologi, tingkah laku dan tindakan secara lebih menyeluruh.”

Jelas Ambi lagi, pada tahun pertama penganjuran program BMW Safety 360°, pihaknya memberi tumpuan kepada penunggang motosikal dan meminta mereka mendapatkan motosikal yang menawarkan teknologi terkini untuk perjalanan lebih selamat. Pada tahun kedua pula, BMW Group Malaysia mengangkat isu penggunaan tempat duduk kanak-kanak dan kepentingannya dalam memastikan mereka selamat di dalam kereta.

BMW 04

“Tahun ini, kami meneruskan usaha tahun lalu. Kami mahu berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ini kerana kami percaya mereka ialah golongan yang perlu diberi perhatian dalam isu-isu tentang keselamatan jalan raya, terutama yang berkait rapat dengan kanak-kanak di samping menitikberatkan kepentingan pemasangan tempat duduk keselamatan dengan betul ketika menaiki kereta,” kata Ambi.

BMW Group Malaysia juga telah bekerjasama dengan PPBM untuk menyampaikan mesej mengenai keselamatan kanak-kanak yang lebih berkesan kepada ibu bapa mereka.

Perunding Keselamatan Penumpang Kanak-kanak untuk PPBM, Dinas Elni Marini berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya merupakan salah satu penyebab utama kematian dan kecederaan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Dalam keadaan kenderaan membelok dengan pantas, brek ditekan secara tiba-tba dan pelanggaran yang tidak dapat dielakkan, persoalannya, adakah anak akan selamat? Mereka mesti diletakkan di tempat duduk keselamatan yang dipasang dengan betul ketika menaiki kereta, walaupun untuk perjalanan yang dekat sahaja.”

Menggunakan tempat duduk kanak-kanak dan tali pinggang keledar yang sesuai dengan umur dan saiz mereka mampu mengurangkan risiko kecederaan serius dan kematian. Tempat duduk keselamatan kanak-kanak dapat mengurangkan risiko kematian bayi sehingga 71% dan kanak-kanak 54% apabila digunakan dalam kenderaan penumpang. Sementara tempat duduk booster pula berupaya mengurangkan risiko kecederaan kanak-kanak berusia 4-8 tahun sehingga 45% berbanding hanya menggunakan tali pinggang keledar sahaja.

BMW 06

PPBM turut mengadakan demonstrasi teknologi ISOFIX yang menjadikan tempat duduk kanak-kanak menjadi sangat selamat. Selain menghilangkan risiko ia tidak dipasang dengan betul di dalam kenderaan.

BMW Group Malaysia akan meneruskan lawatan ke pusat asuhan kanak-kanak (tadika) dan Montessori terpilih pada bulan-bulan yang akan datang.

Previous post

Perodua Serah Bezza ke-10,000, Terima 25,000 Tempahan

Next post

Renault Koleos Baharu: Casis dan Rangkaian Kuasa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *