Gaya Hidup

Bagaimana Untuk Hilangkan Buih Hodoh Dari Tint Cermin Kereta Anda

Anda membeli kereta baru dan dalam rundingan anda dengan jurujual kereta yang dia menawarkan tint cermin percuma …… katanya tint cermin berkualiti tinggi bernilai RM1,300.00 sebagai contoh. Tetapi nilai sebenar tint cermin yang ditawarkan mungkin kurang daripada RM200.00. Ini adalah permainan kelas 1 segelintir juru jual kereta dan kedai cermin kereta terhadap pemilik kereta yang kurang arif.

Kemudian, dalam beberapa minggu / bulan tint cermin kereta anda mula gelembung, terutama cermin belakang. Air dan kotoran pada permukaan kaca kereta anda atau bahan benar-benar murah mungkin menjadi punca tint pada kenderaan anda menggelembung. Apa yang anda harus buat?

Jurujual kereta yang mencadangkan tint itu tidak ambil tahu, kedai yang menjual anda tint juga tidak akan kisah dan sekarang tint cermin anda buruk, hodoh dan pandangan anda terhalang. Oleh itu, izinkan kami menawarkan satu penyelesaian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia adalah penyelesaian secara Do-It-Yourself / DIY.

Walaupun ini tidak secara terus merosakan kenderaan anda, ia adalah hodoh dan boleh menjadi gangguan berbahaya semasa memandu. Anda boleh mengupah seorang  tukang tint cermin profesional menggantikan tint itu sepenuhnya, atau jimat wang dan buat sendiri dengan mengeluarkan buih menggunakan kaedah DIY ini.

  • Panaskan tint di cermin kenderaan anda dengan meletakkannya di bawah matahari atau dengan menggunakan pengering rambut pada tint yang gelembung.
  • Sembur sedikit air ke atas permukaan tint itu. Gunakan air hanya untuk melembapkan sedikit permukaan.
  • Gunakan hujung jarum jahit kecil untuk cucuk lubang di setiap gelembung udara. Jangan gerak jarum kerana itu boleh menyebabkan tint koyak.
  • Pegang kad kredit plastik pada sudut 45 darjah, dan perlahan-lahan leret nya ke atas permukaan tint, mula pada kedudukan yang berada di bawah mana-mana buih. Leret atas buih perlahan-lahan supaya tint tidak terkoyak
  • Keringkan permukaan tingkap dengan kain bebas lin. Periksa tint untuk memastikan yang buih hilang dan tidak koyak berlaku.

Dah. Anda sudah berjaya menjimatkan sedikit wang dan mendapat pemandangan yang lebih jelas pada waktu malam.

 

 

Previous post

Rekod Suku Kedua. Menuju Kearah Satu Lagi Rekod Tahunan

Next post

Raikan Merdeka Dengan Tawaran Hebat Mitsubishi!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *