Gaya Hidup

Audi Mendominasi Sesi Latihan Siri GT Asia Pusingan Shanghai

Siri perlumbaan GT Asia 2016 adalah musim yang paling sengit setakat ini, dengan kehadiran peserta-peserta baru yang menaikkan lagi reputasi kejohanan itu. Di Shanghai, sesi latihan rasmi yang berlangsung pada hari Jumaat menunjukkan betapa kecilnya jurang di antara pelumba-pelumba utama yang bersaing untuk kemenangan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kesemua tujuh pengeluar yang bersaing pada musim ini dipisahkan dengan hanya 0.8 saat di litar sepanjang 5.451 km itu. Walaupun ketiga-tiga sesi latihan diungguli Audi, margin kelebihan pasukan itu dengan pesaing-pesaingnya adalah terlalu kecil.

Menariknya, sesi pembukaan didominasi oleh Marchy Lee yang mencatatkan masa 2:05.796 pada pusingan pertama, hanya 0.008 saat di hadapan rakan sebenuanya iaitu Alex Yoong. Franky Cheng dari Absolute Racing pula menghabiskan sesi kedua dan ketiga di tempat pertama, sekaligus menjadikannya pelumba keempat terpantas hari itu.

GTAsiaSeries_SIC_P2_Audi_Cheng_190816_2_med

Sementara itu, pelumba tuan rumah iaitu Anthony Liu dan Davide Rizzo dari BBT Ferrari pula menunjukkan aksi bertenaga untuk memberi saingan kepada pasukan Audi. Bagaimanapun, isu teknikal pada sesi terakhir menyaksikan mereka gagal untuk mencatat sebarang masa.

Pelumba Lamborghini juga pantas semasa sesi latihan. Pasangan Andrea Amici dan Edoarde Liberati muncul pemandu terpantas bagi pasukan itu, mengalahkan Richard Antinucci dan Jeroen Mul yang lebih berpengalaman. Pemandu Bentley Hong Kong iaitu Adderly Fong pula kurang bernasib baik apabila berpusing selepas melanggar penghadang di selekoh terakhir.

GTAsiaSeries_SIC_P2_FFF_Liberati_190816_med

Apa yang boleh dilihat pada sesi latihan ini adalah cuaca panas nyata memberi kesan kepada prestasi pelumba dan juga kereta. Perlumbaan pada hari Ahad ini dijangka sengit namun masih terbuka kepada setiap pasukan yang mengambil bahagian.

 

Previous post

Iklan Mercedes-Benz E-Class Terbaharu Ini Akan Meriangkan Hujung Minggu Anda

Next post

BMW 2002 Hommage Meraikan Kelahiran Kereta Turbocharged

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *