Cerita Auto

Toyo Tires Anjur Kursus Pemanduan Berhemah untuk PDRM

Toyo Tires Sales and Marketing Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan satu kursus pemanduan berhemah untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupaka sebahagian dari inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat ( CSR) untuk agensi-agensi penguatkuasaan Kerajaan Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kenamaan yang hadir termasuk DCP Dato Aidi Bin Ismail, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) PDRM, SAC Dato Mohd Hishamudin Bin Tahar, Penolong Pengarah Kanan (Pengangkutan) StaRT, dan Peter Lim, Pengarah Eksekutif Spanco Sdn Bhd. Toyo Tires diwakili oleh Kanji Kasai, pengerusi, Tan Song Chye, presiden/pengarah urusan, Teppei Shigeno, pengurus besar Sales & Marketing, William Tan, Pengurus Kanan, dan Mamoru Yamamoto, Pengurus Teknikal Toyo Tire & Rubber Co., Ltd., Japan.

Defensive Driving Police (2)

Kakitangan PDRM telah menerima latihan intensif teori dan praktikal. Latihan praktikal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional terdiri dari slalom, brek, kawalan gelincir serta sesi latihan menukar lorong. Tayar Toyo Nano Energy yang dipasang pada Proton Inspira dan Proton Preve semasa kursus itu terbukti berkesan untuk kegunaan lasak.

Seramai 65 anggota PDRM yang menyertai kursus itu telah menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh DCP Dato Aidi Bin Ismail, SAC Dato Mohd Hishamudin dan Kanji Kasai.

Defensive Driving Police (3)

Kursus pemanduan berhemah Toyo Tires adalah salah satu usaha CSR syarikat itu yang dilaksanakan di negara ini. Tahun lalu, syarikat itu berjaya menganjurkan kursus pemanduan berhemah sulung untuk Jabatan Kastam Diraja, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya.

Previous post

Gohed Gostan Ep 28 Hari Raya Ketiga Dengan Isuzu MU-X

Next post

Pemandu V8 Supercar Sertai GT Asia di Fuji

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *