Gaya Hidup

Mitsubishi Motors Raikan Hari Raya Dengan Minum Petang Bersama Yuna

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di negara ini telah mengadakan satu majlis minum petang Hari Raya pada 12 Julai lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis tersebut telah dihadiri oleh pihak media, ahli-ahli Mitsubishi ASX Malaysia Owners Club (MAMOC), pengedar-pengedar sah MMM dan juga penyanyi dan penulis lirik Yuna sebagai tetamu khas.

Yuna yang baru-baru dilantik oleh MMM sebagai duta jenama untuk kempen ASX terkini, kembali ke tanah air untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan yang tersayang.

Singer-Songwriter and Businesswoman Yuna

“Saya telah menjadi pemilik ASX selama empat tahun jadi ini adalah peluang yang saya tidak dapat tolak. Apabila MMM mendekati saya untuk bekerja dengan mereka, saya berasa berbesar hati. Saya telah mengenali jenama ini untuk sekian lama jadi saya percaya dengannya,” ujar penyanyi tersebut.

“Sebuah SUV penuh dengan gaya, ASX dibangunkan untuk menggabungkan utiliti dan praktikaliti sebuah SUV dengan keselesaan sebuah sedan. ASX bukan sahaja dipenuhi dengan ciri-ciri keselamatan, ia juga dilengkapi dengan prestasi enjin yang responsif dan pemanduan yang menyeronokkan,” kata Yang Won-Chul, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

Pada majlis itu, Yuna menyanyikan lagu hit terkininya Crush, Terukir di Bintang dan juga Rescue. Beliau akan pulang semula ke Los Angeles untuk mempromosikan album barunya iaitu Chapters.

Previous post

Nampaknya Takata Memanipulasi Data Ujian Mereka Buat Seketika

Next post

Dekati Model Kereta F1 Renault R.S. 16 di Siri Jelajah Renault

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *