Berita Auto

Memperkenalkan MINI JCW Pro Edition Baharu.

MINI Malaysia hari ini memperkenalkan MINI JCW Pro Edition baharu. Dengan hanya 20 unit ditawarkan secara eksklusif buat pasaran Malaysia, MINI JCW Pro Edition merupakan model MINI 5-Pintu yang paling laju, bising dan berkuasa pernah dibangunkan.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia Han Sang Yun ketika memperkenalkan MINI baharu berkata, “John Cooper Works memang terkenal kerana tampil bergaya dan memiliki keghairahan sebenar terhadap kehidupan. MINI JCW Pro Edition mampu mengekspresikannya – sama ada ketika mengambil selekoh tajam apabila memandu ke seluruh negara atau menawarkan prestasi garang di atas litar lumba, jentera ini menyerlahkan kualiti pengendalian seperti sebuah go-kart yang cukup sinonim dengan MINI. Namun, ia juga sebuah kereta yang praktikal untuk kegunaan harian.”

 

Menurut Han lagi, MINI baharu ini memberikan satu dimensi baru kepada jenama kereta kompak premium tersebut. Ia jelas menyuntik adrenalin dan berkongsi sejarah kejayaan MINI dalam dunia sukan bermotor.

MINI JCW Pro Edition (3)

“Dari litar lumba ke jalan biasa, ia dapat menerangkan tentang MINI JCW Pro Edition dengan sempurna. Kereta ini membawa bersama warisan sukan bermotor sejak zaman kegemilangannya memenangi perlumbaan Monte Carlo sehinggalah ke podium-podium Rali Paris-Dakar dengan penuh rasa bangga,” kata Han.

 

Perkadaran MINI JCW Pro Edition baharu diserlahkan menerusi MINI JCW Pro Aerodynamic Kit. Ia membuatkan MINI Cooper S 5 Pintu yang sudah sedia sporty menjadi semakin menarik. Aerodynamic Kit terdiri daripada splitter pada bahagian hadapan, skirting sisi, bampar belakang dan spoiler belakang. Semua ini bukan sahaja menaikkan penampilannya, malah mampu mengoptimumkan aspek aerodinamik untuk pengalaman perlumbaan yang cukup mengujakan.

 

Selain aero kit penuh, MINI JCW Pro Edition baharu juga menawarkan rim aloi ringan MINI JCW Pro Cross-Spoke bersaiz 18” berwarna hitam, warna yang lahir daripada kepakaran John Cooper Works dalam dunia perlumbaan. Dilengkapi teknologi run flat, MINI JCW Pro Edition boleh bergerak sejauh 80km pada kelajuan 80km/j walaupun dalam keadaan tayar pancit.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Menonjol berbanding dari yang lain dalam aspek estetiknya, MINI JCW Pro Edition turut menampilkan MINI JCW Pro Roof Décor, grafik petak-petak berwarna merah dan hitam yang melahirkan rasa kuasa luar biasa. Peningkatan visual tambahan kepada kereta baharu ini ialah perumah cermin sisi MINI JCW Pro Wing Mirror Caps dan MINI JCW Pro Side Scuttles (ketutup sisi) yang sepadan dengan panel tepinya.

 

Dibina berdasarkan kepada kejayaan dalam dunia sukan bermotor, MINI JCW Pro Edition juga menawarkan MINI JCW Pro Tuning Kit untuk kuasa tambahan bagi keperluan pemanduan berprestasi tinggi. Berfungsi meningkatkan kuasa enjin, ia digabungkan dengan peredam injap yang ditala sebaiknya untuk menambah baik aspek responsif. Ini sekali gus meningkatkan kuasa standard enjin daripada 192hp kepada 211hp. Tork puncaknya kini ialah 300Nm, berbanding 280Nm yang mampu dihasilkan oleh MINI Cooper S 5-Pintu.

 

MINI JCW Pro Edition baharu juga didatangkan dengan MINI JCW Pro Valve Silencer bersama Carbon Tailpipe Trim (kemasan paip ekzos karbon). Sistem peredam ekzos hadir dalam dua mode – “Sport” untuk bunyi penuh bagi mengiringi pemanduan harian dan “Track” yang mampu memompa adrenalin ketika berada di atas litar lumba.

 

Ridip ekzods (exhaust flap) yang mengeluarkan api dan bunyi garang boleh dioperasikan secara tanpa wayar menerusi dua klik pada butang kawalan Bluetooth 4.0.

 

MINI JCW Pro Edition didatangkan dalam warna hitam metalik (Midnight Black Metallic). MINI yang berorientasikan kepada prestasi ini hadir bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had dengan Servis Berjadual Percuma. Servis berjadual percuma ini disediakan selari dengan sistem Servis Berdasarkan kepada Kondisi.

 

Harga runcit Aksesori MINI JCW Pro tidak termasuk pemasangan ialah:

MINI JCW Pro Aerodynamic Kit                                                –           RM 16,283.43

MINI JCW Pro Tuning Kit with Valve Silencer System –           RM 10,000.00

MINI JCW Pro Carbon Tailpipe Trim                                          –           RM 3,000.00

MINI JCW 18” Cross-Spoke Light Alloy Wheels in Jet Black   –           RM 14,858.00

MINI JCW Pro Roof Décor                                                        –           RM 650.00

MINI JCW Pro Wing Mirror Caps                                              –           RM 690.00

MINI JCW Pro Side Scuttles                                                     –           RM 690.00

 

Harga jualan MINI JCW Pro Edition baharu (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tidak termasuk insurans) ialah:

MINI JCW Pro Edition                                        –           RM 255,888.00

MINI JCW Pro Edition (2)

 

Previous post

Kereta Jaguar Akan Berkomunikasi Dengan Kereta-Kereta Lain Tidak Lama Lagi

Next post

Yamaha Y15ZR Kini Dalam Warna Kelabu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *