Berita Auto

Z Tyre Hasilkan Tayar Termahal Di Dunia

Tayar merupakan antara komponen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, adakah berbaloi untuk membayar sehingga AS$600,000 (RM2.4 juta) untuk seset tayar? Memang tidak berbaloi, tetapi itulah harga untuk empat biji tayar bersalutkan emas dan bertatahkan berlian yang dihasilkan oleh Z Tyre yang berpangkalan di Dubai.

Menurut syarikat itu, tayar mewah tersebut dibangunkan untuk meraikan dan mengiktiraf rangkaian tayar berprestasi tingginya. Ianya direka dan dihias dengan berlian yang dipilih khas oleh pakar berlian Joaillier Prive di Itali, sebelum dihantar semula ke Dubai untuk disalut emas oleh tukang yang sama yang menghias istana presiden Abu Dhabi baharu.

Dengan harga melebihi setengah juta dolar AS, tayar itu telah mendapat pengiktirafan Guinness World Records sebagai tayar termahal di dunia dan ianya telah dipamerkan di acara Reifen Essen 2016 baru-baru ini. Hasil dari jualan tayar ini akan didermakan kepada Yayasan Zenises yang mempertingkatkan akses kepada pendidikan di seluruh dunia.

Previous post

Keuntungan Brembo NAIK 41%

Next post

Toyota Prius Hibrid Plug-In Dapat Panel Solar Bumbung

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *