Cerita Auto

Volvo Tawarkan Pakej R-Design Untuk S90 Dan V90

Kenderaan Volvo mungkin lebih terkenal dengan gaya eksklusifnya, namun bagi golongan yang inginkan gaya yang lebih sporty, jenama dari Sweden itu ada menyediakan model S90 dan V90 R-Design.

Volvo V90 R-Design Studio

Kedua-dua model ini dikatakan berpusat kepada casis yang lebih maju untuk pemanduan yang lebih mengujakan.

Model R-Design boleh dikenal pasti melalui rekaan bahagian hadapan yang segar dengan rekaan gril unik, kemasan hitam piano serta lampu kabus bersepadu pada spoiler hadapan. Rim lima batang dalam warna hitam matte menyerlahkan lagi gaya sporty kedua-dua model ini.

Volvo S90 R-Design Interior

Bahagian kabinnya diperkemaskan lagi dengan kemasan unik, termasuk pedal dan karpet lantai, tempat duduk kontur, roda stereng istimewa dan pakej pencahayaan dalaman.

Previous post

Yamaha SCR950 Untuk Peminat Scrambler Di US

Next post

Tunggang Uji - Yamaha NMAX Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *