Berita Auto

Tiong Nam Perkukuh Portfolio Dengan Trak Muatan Berat Scania R580 Pertama Di Malaysia

Tiong Nam Heavy Transport and Lifting Sdn Bhd (TNHTL) telah menerima trak pengangkut berat R580CA6X4EHZ dengan kotak gear pemindah torsi yang terbaru dari Scania Malaysia yang pasti akan perkasakan perkhidmatan logistiknya.

TNHTL ialah sebuah anak syarikat Tiong Nam Logistics Holdings Berhad, syarikat tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur yang membekalkan perkhidmatan logistik secara total dengan operasi merentasi kawasan Asia Pasifik. TNHTL menawarkan solusi pengangkutan dan instalasi berat secara menyeluruh untuk pelbagai jenis muatan.

IMG_1421

“TNHTL berjaya memberi perkhidmatan pengangkutan dan instalasi kepada perkakasan dan struktur besar dan berat kerana mempunyai trak-trak yang berkemampuan mengangkut beban besar dengan stabil dan boleh dipercayai. Dengan mempunyai sejarah penggunaan trak Scania sebanyak empat generasi menjangkau 20 tahun, kami tetap mempercayai Scania,” kata Ir. Alex Tong, Pengurus Besar TNHTL.

Kunci trak yang dipesan itu telah diserahkan kepada TNHTL oleh Tuan Haji Idros Putih, Pengarah Jualan Scania Asia Tenggara.

Scania R580CA6X4EHZ dilengkapi kuasa besar untuk mengangkut perkakasan berat secara efisien dan menjimatkan bahan api. Dengan pengenalan keluarga trak muatan berat dengan kotak gear pemindah torsi, Scania kini membanggakan portfolio produk yang mampu menangani muatan sehingga 250 tan. Perkhidmatan tambahan seperti Scania Repair dan Maintenance turut ditawarkan agar TNHTL terus berjaya dalam perniagaannya.

IMG_1392

“Kami amat mengutamakan perancangan berwawasan dan aplikasi kejuruteraan canggih untuk menyampaikan perkhidmatan unggul berdasarkan pengalaman industry sepanjang tiga dekad di sini. Scania R580 dengan kotak gear pemindah torsi merupakan jenis trak muatan berat Scania yang pertama di Malaysia,” tambah Alex.

IMG_1302

Oleh kerana pemandu trak merupakan asset kepada setiap operator pengangkutan, latihan menyeluruh akan dibekalkan oleh Scania kepada pemandu-pemandu TNHTL. Tambahan pula, kursus pengukuhan turut disediakan agar mereka sentiasa bersedia untuk mengamalkan langkah keselamatan dan memberi tindak balas segera dalam sebarang kecemasan.

Sekiranya mengalami kerosakan, perkhidmatan Scania Assistance 24/7 akan digerakkan dengan serta merta untuk memberi khidmat pembaikan kecil-kecilan atau menarik kenderaan ke Cawangan Scania Malaysia Kuantan untuk membaiki kerosakan besar. Dengan tawaran perkhidmatan pasca jualan yang mapan dan menyeluruh, Scania dapat terus memberi sokongan penuh kepada kejayaan perniagaan pelanggan, dan menjamin pulangan terbaik untuk jangka masa panjang bagi pelaburan mereka.

IMG_1299

 

Previous post

Nissan PlayStation GT Academy Memasuki Tahun Kelapan

Next post

ETCM & TCEAS Tawar Pakej Perjalanan Selamat Dan Promosi Hari Raya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *